DUIT DALAM MYKAD 2026 : CARA SEMAK BAKI BANTUAN & BELI BARANG MYKASIH GUNA IC

DUIT DALAM MYKAD 2026 : CARA SEMAK BAKI BANTUAN & BELI BARANG MYKASIH GUNA IC

Inisiatif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak secara bulanan dan sekaligus (one-off). Ianya boleh terus digunakan untuk membeli barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) guna MyKad.

Bagaimanakah cara semak baki bantuan & beli barang mykasih guna duit dalam MyKad? Ikuti panduan dan baca info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN PLKN 2026 ONLINE : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

FUNGSI DUIT DALAM MYKAD

Jabatan Pendaftaran Negara teleh mengesahka bahawa fungsi Touch ‘n Go pada MyKad tidak digunakan dalam penyaluran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan duit bantuan tidak dimasukkan ke dalam MyKad.

Sebalinnya, MyKad penerima digunakan sebagai platform pengesahan maklumat sebagai penerima yang layak terima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara sekaligus (one-off) dan bukanlah untuk menyimpan atau memindahkan duit bantuan.

  • ❌ Duit bantuan tidak dikreditkan dalam MyKad.
    • ✅ MyKad digunakan untuk pengesahan penerima bantuan.
  • ❌ Duit bantuan tidak boleh dikeluarkan dari MyKad.
    • ✅ Beli barang dan buat pengesahan sebagai penerima guna MyKad.

*NOTA : Jangan sesekali percaya jika ada pihak yang mendakwa bahawa mereka boleh keluarkan duot daripada MyKad anda. Kerana duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tidak boleh dikeluarkan secara tunai.

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA DUIT DALAM MYKAD

Oleh kerana pemberian Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah secara automatik kepada pemegang MyKad yang layak tanpa perlu kemukakan sebarang permohonan, rakyat dewasa Malaysia boleh buat semakan untuk tahu kelayakan sebagai penerima seperti panduan di bawah :

  1. Layari laman web rasmi SARA MyKasih di sini :
  2. Pada halaman utama SARA MyKasih, klik butang [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan Nombor MyKad* anda.
  4. Klik pada kotak verifikasi [Verify You Are Human].
  5. Klik pula pada butang [Semakan Kelayakan].
  6. Status kelayakan penerima SARA Bulanan & SARA One-Off akan dipaparkan.
  7. Selesai.

SENARAI BARANG MYKASIH BOLEH DIBELI

Penerima yang disahkan layak boleh membeli barang keperluan asas mengikut 24 kategori barangan yang diluluskan serta mempunyai label MyKasih pada rak tanda harga. Antara yang diluluskan adalah seperti senarai berikut :

BIL.KATEGORI BARANG MYKASIH
1.Beras
2.Telur
3.Makanan sejuk beku
(daging burger, nuget, kentang
dan sebagainya)
4.Roti
5.Bahan perasa
(gula, garam, kicap, sos cili,
dan sebagainya)
6.Mee
(mi segera, bihun, kuew teow
dan sebagainya)
7.Makanan dalam tin
8.Minuman
(Milo, teh, kopi, susu
dan sebagainya)
9.Biskut
10.Minyak masak
11.Tepung
12.Penjagaan mulut
(ubat gigi dan berus gigi)
13.Ubat-ubatan
(yang diluluskan oleh KKM)
14.Syampu
15.Sabun mandian
(untuk kanak-kanak / dewasa)
16.Pembersih tandas
17.Sabuh basuh pinggan
18.Pencuci pakaian
(serbuk / cecair)
19.Lampin pakai buang
(bayi / dewasa)
20.Alat tulis
(pensil, pemadam, pensil warna
dan sebagainya)
21.Pakaian seragam sekolah
22.Kasut sekolah
23.Buku
24.Beg sekolah

CARA BELI BARANG MYKASIH GUNA DUIT DALAM MYKAD 2026

Jika anda disahkan ‘Layak’ sebagai penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh mnggunakan duit bantuan untuk pembelian barang MyKasih dengan menggunakan MyKad seperti panduan di bawah :

  1. Pilih barang keperluan asas yang anda inginkan.
    • *Pastikan yang mempunyai label MyKasih pada rak tanda harga.
  2. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima dan baki.
  3. Tukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu.
  4. Juruwang akan imbas barang yang dipilih dan diluluskan.
  5. Bayaran akan disahkan menggunakan MyKad penerima.
  6. Masukkan nombor pin 6-digit untuk sahkan transaksi.
  7. Resit pembelian akan diberikan untuk semakan transaksi dan baki.

CARA SEMAK BAKI BANTUAN DUIT DALAM MYKAD 2026

Bagi penerima yang telah membuat pembelian tetapi lupa baki bantuan yang ada dalam MyKad, boleh menyemak duit baki yang masih ada secara atas talian (online) seperti panduan di bawah :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
  2. Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
  3. Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
    • [SARA Untuk Semua RM100One-Off]
    • [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100One-Off]
  4. Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100One-off].
  5. Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
  6. Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
  7. Masukkan Nombor MyKad*
  8. Status kelayakan dan baki duit bantuan dalam MyKad akan dipaparkan.
  9. Selesai.

JUMLAH DUIT DALAM MYKAD 2026

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan secara bulanan dan sekaligus (one-off) adalah mengikut kepada kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

  • Bayaran Bulanan :
KATEGORI & KELAYAKAN
PENERIMA
JUMLAH DUIT DIKREDITKAN
Isi Rumah
Miskin Tegar
RM200 setiap bulan
Isi Rumah
Bukan Miskin
RM100 setiap bulan
Warga Emas
Miskin Tegar
RM150 setiap bulan
Warga Emas
Bukan Miskin
RM50 setiap bulan
Bujang
Miskin Tegar
RM100 setiap bulan
Bujang
Bukan Miskin
RM50 setiap bulan
  • Bayaran Sekaligus (One-Off) :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH DUIT DIKREDITKAN
Semua Isi RumahRM100 sekaligus
Semua Warga EmasRM100 sekaligus
Semua BujangRM100 sekaligus

TARIKH & TEMPOH GUNA DUIT DALAM MYKAD

Duit bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan kepada setiap penerima bulanan dan sekaligus (one-off) adalah mengikut tarikh yang ditetapkan dan mempunyai tempoh sah guna yang sama seperti berikut :

JENIS BAYARANTARIKH KREDITTEMPOH SAH GUNA
Bulanan9 & 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
sah guna selama
12 bulan
sehingga
31 Disember 2026
Sekaligus
(One-Off)
9 Februari 2026sah guna selama
11 bulan
sehingga
31 Disember 2026

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment