SEMAK DUIT DALAM MYKAD (2025)

SEMAK DUIT DALAM MYKAD (2025)

Terkini! Masih ramai rakyat Malaysia belum jelas tentang bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad, yang sebenarnya boleh digunakan sebagai kaedah pembayaran tanpa tunai untuk barangan asas di bawah Program MyKasih.

Bagaimanakah semak duit dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN BANTUAN RM100 MYKAD SARA (2025)

DUIT DALAM MYKAD

APA MAKSUD DUIT DALAM MYKAD?

Duit dalam MyKad merujuk kepada :

  • Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA);
  • Kredit bantuan disalurkan ke dalam MyKad penerima;
  • Khusus digunakan untuk barangan keperluan asas di kedai berdaftar Program SARA;

SIAPA YANG LAYAK?

Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:

SARA MISKIN DAN MISKIN TEGAR EKASIHSARA BUKAN EKASIH
Warganegara MalaysiaWarganegara Malaysia
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasihBUKAN eKasih
Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan BujangKategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan

KADAR BAYARAN

Jumlah bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUNKADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM2,100RM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,650RM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
BujangRM600RM50 (Januari – Disember)
  • Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUNKADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM900RM100 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM450RM50 (April – Disember)

TARIKH BAYARAN

Penyaluran bantuan SARA kepada penerima yang layak seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
SARA BULANAN
TARIKH LUPUT/TAMAT PROGRAM
Lulus STR & Berstatus eKasihBermula 15 Januari sehingga Disember 202531 Disember 2025
Lulus STR SahajaBermula 1 April sehingga Disember 202531 Disember 2025

Baki SARA boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya sehingga tarikh akhir penggunaan pada 31 Disember 2025.

BAGAIMANA DUIT DIKREDITKAN KE MYKAD?

Individu yang memenuhi syarat kelayakan bantuan yang terdapat dalam Sistem MyKasih/SARA akan menerima bantuan seperti berikut:

  • Kredit Bantuan disalurkan secara automatik ke dalam MyKad yang layak.
  • Semasa anda membeli barang di kedai berdaftar Program SARA, MyKad akan diimbas untuk menolak baki kredit.

APA BOLEH DIBELI DENGAN DUIT DALAM MYKAD?

Antara barangan asas yang boleh dibeli menggunakan MyKad ialah:

KATEGORI BARANGCONTOH
Makanan AsasBeras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung /Biskut / Mee Segera
MinumanSusu / Milo / The / Nescafe
Makanan dalam TinSardin / Tuna / Kacang panggang
Bahan perasaSos / Kicap / Gula / Garam
Produk Kebersihan DiriUbat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
Ubat-ubatanPanadol / Ubat Batuk
Barangan PersekolahanAlat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
Produk Kebersihan RumahSabun Pencuci Pinggan / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian

DUIT DALAM MYKAD

Jumlah baki duit dalam MyKad boleh disemak secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Penghargaan SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 31/08/2025 (SARA ONE-OFF)
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Contoh Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:

  1. Adakah MyKad menyimpan wang?
    • Tidak. MyKad hanya sebagai pengesahan identiti. Duit bantuan yang dikreditkan adalah melalui sistem MyKasih.
  2. Bagaimana cara guna duit dalam MyKad?
    • Bawa MyKad dan pergi ke kedai berdaftar MyKasih untuk beli barang asas, dan imbas MyKad semasa bayar barang tersebut.
  3. Bolehkah saya keluarkan tunai dari MyKad?
    • Tidak boleh. Kredit bantuan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan asas dengan menggunakan MyKad.
  4. Sampai bila duit dalam MyKad boleh digunakan?
    • Duit bantuan dalam MyKad boleh digunakan bermula tarikh bantuan disalurkan ke dalam MyKad dan sah sehingga tamat Program (31 Disember 2025).
  5. Di mana saya boleh semak kedai MyKasih/SARA berhampiran?
    • Anda boleh rujuk Portal Rasmi sara.gov.my atau Aplikasi MyKasih untuk senarai terkini.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment