DUIT DALAM IC : SEMAK / CHECK BANTUAN SARA RM100 2025 ONLINE

DUIT DALAM IC : SEMAK / CHECK BANTUAN SARA RM100 2025 ONLINE

Bantuan SARA RM100 yang disalurkan melalui IC di bawah Program SARA boleh digunakan untuk mendapatkan barangan keperluan yang diluluskan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar.

Bagaimanakah semak duit dalam ic? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN PENGHARGAAN SARA : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA RM100 ONE OFF 2025 SEKARANG

PENGENALAN DUIT DALAM IC

Bantuan dalam IC merupakan bantuan RM100 ONE-OFF yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam ucapan penghargaan kepada semua rakyat dewasa Malaysia melalui Program SARA.

Bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam IC (Kad Pengenalan) penerima khusus untuk membeli Barangan Keperluan yang diluluskan seperti seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA DUIT DALAM IC

Kelayakan penerima RM100 ONE-OFF adalah seperti berikut:

  • Setiap Warganegara Malaysia;
  • Berusia 18 tahun ke atas;

Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara AUTOMATIK kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, TANPA SEBARANG PERMOHONAN diperlukan.

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK DUIT DALAM IC

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Penghargaan SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

TARIKH PENGKREDITAN DUIT

Bantuan RM100 ONE-OFF akan dikreditkan ke dalam IC (Kad Pengenalan) penerima pada 31 Ogos 2025, dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.

CARA GUNA DUIT DALAM IC

Penerima boleh menggunakan kredit RM100 ONE-OFF untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE-OFF.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SOALAN LAZIM (FAQ) DUIT DALAM IC

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA RM100 ONE OFF:

  1. Kenapa SARA RM100 disalurkan melalui IC?
    • RM100 hanya boleh digunakan KHUSUS untuk membeli barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) menggunakan IC di pasar raya / kedai runcit terpilih.
  2. Adakah SARA RM100 boleh dikeluarkan secara tunai?
    • Tidak boleh. SARA RM100 hanya boleh digunakan khusus untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar dengan menggunakan IC.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment