DUIT BANTUAN 100 IC 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Bagi mengelakkan berlaku sebarang ketirisan, bantuan diagihkan dengan cara yang cekap, telus dan selamat secara tanpa tunai menerusi IC (kad pengenalan) khas kepada rakyat dewasa Malaysia yang menenuhi kelayakan sahaja.
Bagaimanakah semakan status penerima duit Bantuan 100 Dalam IC? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SARA 100 ONE OFF : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
FUNGSI BANTUAN DALAM IC 2025
Bantuan yang dikreditkan dalam IC adalah khas untuk pembelian barangan keperluan asas berikut :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
*Nota : Pembelian hanyalah secara tanpa tunai menggunakan IC dan penerima tidak boleh membuat pengeluaran tunai.
KADAR DUIT BANTUAN DALAM IC 2025
Kadar pengkreditan Bantuan Dalam IC setiap bulan adalah berbeza kepada setiap kategori berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR KREDIT DALAM IC (PENERIMA DAFTAR STR & EKASIH) | KADAR KREDIT DALAM IC (PENERIMA DAFTAR STR SAHAJA) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100 – RM100 setiap bulan | RM100 setiap bulan |
Warga Emas | RM100 – RM150 setiap bulan | RM50 setiap bulan |
Bujang | RM50 setiap bulan | – |
Berikut pula kadar kredit Bantuan Dalam IC sekaligus semua rakyat Malaysia (termasuk penerima sedia ada) :
KATEGORI PENERIMA | KADAR KREDIT DALAM IC (SEMUA RAKYAT) |
---|---|
Isi Rumah | RM100 |
Warga Emas | RM100 |
Bujang | RM100 |
TARIKH KREDIT DUIT BANTUAN 100 IC 2025
Pengkreditan Bantuan Dalam IC adaah mengikut tarikh berikut :
TARIKH KREDIT DUIT BANTUAN DALAM IC (SETIAP BULAN) | TARIKH KREDIT DUIT BANTUAN DALAM IC (SEKALIGUS) |
---|---|
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | 31/08/2025 (Ahad) |
SEMAKAN STATUS PENERIMA DUIT BANTUAN 100 IC 2025
Ikuti cara semakan status penerima duit Bantuan Dalam IC seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.