DUIT BANTUAN 100 BUJANG 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

DUIT BANTUAN 100 BUJANG 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Golongan bujang yang belum berkahwin atau berkahwin yang telah berpisah juga ‘Layak’ untuk menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara sekaligus tidak lama lagi.

Bagaimanakah semakan status penerima duit Bantuan 100 Bujang? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN SYUKUR SABAH : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT PENERIMA BANTUAN 100 BUJANG 2025

Berikut merupakan syarat penerima Bantuan SARA RM100 untuk golongan Bujang :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Bujang / Balu / Duda / Janda (tiada anak);
  • Tiada had pendapatan.

TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN 100 BUJANG 2025

Bayaran duit Bantuan SARA RM100 kepada golongan Bujang adalah pada tarikh berikut :

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Semua Golongan Bujang31 Ogos 2025 (Ahad)

Berikut pula tarikh bayaran Bantuan SARA RM50 setiap bulan kepada golongan Bujang yang merupakan penerima Miskin dan Miskin Tegar :

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Bujang Miskin & Miskin Tegar15 Januari 2025 (Rabu)
01 Februari 2025 (Sabtu)
01 Mac 2025 (Sabtu)
01 April 2025 (Selasa)
01 Mei 2025 (Khamis)
01 Jun 2025 (Ahad)
01 Julai 2025 (Selasa)
01 Ogos 2025 (Jumaat)
01 September 2025 (Isnin)
01 Oktober 2025 (Rabu)
01 November 2025 (Sabtu)
01 Disember 2025 (Isnin)

CARA BAYARAN DUIT BANTUAN 100 BUJANG 2025

Bantuan SARA sebanyak RM100 akan dibayar secara sekaligus tanpa tunai melalui kad pengenalan (MyKad) setiap golongan bujang dan ianya boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di 4,100 kedai dan pasaraya terpilih.

SEMAKAN STATUS PENERIMA DUIT BANTUAN 100 BUJANG 2025

Ikuti cara semakan status penerima Bantuan RM100 untuk Bujang seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment