DAFTAR PORTAL IHSAN MADANI : ANDA BOLEH MENGAKSES SENARAI BANTUAN TERKINI YANG BERSESUAIAN MENGIKUT KEPERLUAN DAN KELAYAKAN ANDA
Rakyat Malaysia kini boleh mendapatkan maklumat dan menyemak kelayakan inisiatif serta pelbagai program Kerajaan terkini dengan lebih cepat dan mudah terkini di hujung jari dengan hanya melalui Portal Ihsan Madani.
Bagaimanakah cara daftar portal ihsan madani? Ikuti Info lanjut disini.
APA ITU PORTAL IHSAN MADANI?
Portal Ihsan Madani ialah laman rasmi Kerajaan di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk menyediakan kemudahan kepada Rakyat Malaysia bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan.
Rakyat Malaysia juga boleh menyemak status kelayakan bantuan yang layak diterima, serta mengenal pasti bantuan yang layak dan sesuai di terima mengikut kategori yang disediakan seperti :
- Kesihatan;
- Makanan;
- Pendapatan;
- Pendidikan;
- Pengangkutan;
- Perumahan; dan
- Utiliti.
FUNGSI PORTAL IHSAN MADANI
Manfaat penubuhan Portal Ihsan Madani membolehkan rakyat Malaysia untuk :
| PORTAL BANTUAN KERAJAAN | PAUTAN |
|---|---|
| Portal Ihsan Madani | https://ihsanmadani.gov.my/ |
- Mendapatkan Info Terkini Inisiatif Kerajaan;
- Semakan Status Kelayakan Bantuan Kerajaan;
- Mengenal Pasti Bantuan Kerajaan yang layak di terima – Melalui pengisian maklumat yang akan disepadankan dengan senarai inisiatif dan bantuan yang tersedia di dalam Portal Ihsan Madani.
- Membuat permohonan bantuan berdasarkan kelayakan.
SIAPA BOLEH AKSES PORTAL?
Portal Bantuan ini boleh diakses oleh setiap warganegara Malaysia tanpa mengira peringkat umur yang ingin mendapat info terkini bantuan Kerajaan.
DAFTAR PORTAL IHSAN MADANI
Rakyat Malaysia boleh mengakses Portal ini untuk mengenal pasti serta menyemak status kelayakan bantuan yang layak di mohon dan di terima melalui kaedah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Ihsan Madani di : https://ihsanmadani.gov.my/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan untuk Rakyat Malaysia menyemak bantuan.
- Klik pada [Semak Bantuan Khusus] untuk menyemak dan mengenal pasti bantuan Kerajaan yang layak di terima.
- Kemudian, jawab semua soalan yang diberikan untuk mengenal pasti bantuan khusus yang sepadan dengan profil anda.
- Lengkapkan Maklumat Asas Individu dan Keluarga seperti :
- Tahun lahir;
- Jantina;
- Negeri tempat tinggal;
- Kumpulan etnik;
- Status pekerjaan;
- Taraf pendidikan;
- Taraf perkahwinan;
- Jumlah pendapatan bulanan individu dan isi rumah;
- Status OKU;
- Tanggungan kanak-kanak (17 tahun dan ke bawah);
- Tanggungan warga emas (60 tahun dan ke atas);
- Tanggungan OKU;
- Tanggungan pesakit terlantar atau pesakit kronik; dan
- Pemilikan kediaman semasa.
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Setelah itu, portal akan memadankan anda dengan senarai bantuan kerajaan yang bersesuaian dengan kelayakan anda.
- Jika anda ingin membuat permohonan bantuan, Klik [Mohon Di Sini].
- Anda akan dibawa terus ke laman rasmi bantuan tersebut untuk meneruskan permohonan bantuan.
- Sekiranya anda ingin membuat semakan status bantuan, anda boleh terus membuat semakan di portal yang sama atau Portal Rasmi Program bantuan berkaitan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Portal Ihsan Madani, anda boleh terus rujuk dan hubungi pihak berwajib d ibawah ini.
- Soalan FAQ : https://ihsanmadani.gov.my/faq/
- e-Mel : [email protected]