DAFTAR MYKASIH : CARA PERMOHONAN, REGISTER (PANDUAN LENGKAP)

DAFTAR MYKASIH : CARA PERMOHONAN, REGISTER (PANDUAN LENGKAP)

Program MyKasih yang mengendalikan pemberian Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan bersasar yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) terutamanya yang berdaftar dalam rekod eKasih.

Bagaimanakah daftar MyKasih? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : STR FASA 3 TARIKH BAYARAN : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH

Terdapat dua (2) syarat kelayakan penerima MyKasih :

  • Kelayakan Penerima Miskin & Miskin Tegar :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Kelayakan Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

DAFTAR MYKASIH (STR)

Ikuti cara daftar permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti berikut :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi Permohonan Bantuan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halama utama, klik pada butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
  4. Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
  5. Segala maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  6. Isikan segala ‘Maklumat Pemohon’ yang diperlukan dengan betul.
  7. Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
  8. Sila pilih [Status Perkahwinan] sebagai ‘Bujang’.
  9. Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
  10. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  11. Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
  12. Klik butang [Hantar] di bawah.
  13. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  14. Selesai.

DAFTAR MYKASIH (EKASIH)

Hanya individu yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan semasa boleh mendaftar eKasih seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
  4. Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Selesai.

KADAR BAYARAN MYKASIH

Berikut merupakan kadar bayaran MyKasih kepada yang berdaftar STR dan eKasih serta STR sahaja :

KADAR BAYARAN MYKASIH
KEPADA DAFTAR STR & EKASIH
KADAR BAYARAN MYKASIH
KEPADA DAFTAR STR SAHAJA
Isi Rumah : RM2,100Isi Rumah : RM900
Warga Emas : RM1,650Warga Emas : RM450
Bujang : RM600Bujang : –

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment