DAFTAR LESEN MEMANDU PERCUMA : SESI 2025 CARA MOHON SECARA ONLINE (PANDUAN LENGKAP)
Lesen Memandu Malaysia (LMM) amatlah penting untuk penunggang atau pemandu kenderaan di atas jalan raya. Namun, masih ada rakyat yang kurang berkemampuan untuk mempunyai lesen memandu yang sah disisi undang-undang jalan raya. Oleh itu, Kementerian Pengangkutan Jalan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meneruskan Bantuan Lesen Memandu Percuma.
Bagaimanakah cara daftar Lesen Memandu Percuma secara online? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM200 : SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
PENGENALAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA
Bantuan Lesen Memandu Percuma yang diperkenalkan sebagai Bantuan MyLesen B2 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa golongn kurang berkemampuan, khususnya pelajar sekolah / institusi pengajian dan belia untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 sebagai persediaan sebelum menempuhi alam pekerjaan dan mempertingkat keselamatan jalan raya.
MANFAAT BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA
Antara manfaat daripada Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) adalah individu yang layak akan ditawarkan dan dibayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c) secara sah dan percuma sahaja.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA
Berikut merupakan syarat kelayakan penerima Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 16 sehingga 35 tahun;
- Pelajar Sekolah Menengah / Institusi Pengajian atau belia;
- Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
- Sihat Fizikal dan Mental;
- Tidak pernah memiliki lesen memandu atau memiliki Lesen Belajar Memandu (LDL) Kelas B2 yang tamat tempoh lebih dua (2) tahun; dan
- Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM.
DAFTAR LESEN MEMANDU PERCUMA
Pendaftaran untuk menyertai Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) boleh dibuat melalui pejabat JPJ setiap negeri seperti berikut :
- Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2025 Terkini.
- Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
- Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti Kad Pengenalan, Keputusan Ujian Saringan Kesihatan, dan Gambar Pasport.
- Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal dan hantar borang tersebut.
- Apabila permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Lesen Percuma, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Rasmi : 03-8892 8714 / 8693
- Alamat e-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/SOALAN-LAZIM-PROGRAM-MYLESEN-B2-.pdf.
Daftar lesen percuma
Sayang mahu daftar lesen motosikal B2 percuma
saya nak daftar lesen percuma
saya nak daftar lesen percuma