DAFTAR EKASIH ONLINE : (2025) PANDUAN LENGKAP CARA MOHON

DAFTAR EKASIH ONLINE : (2025) PANDUAN LENGKAP CARA MOHON

Penerima yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar eKasih layak menerima bantuan tambahan di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, dengan kadar bulanan yang diterima lebih tinggi berbanding sebelum ini bagi menyokong keperluan asas harian.

Bagaimanakah cara daftar ekasih online 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CHECK MYKASIH DALAM MYKAD : (2025) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SIAPAKAH LAYAK DAFTAR EKASIH ONLINE 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA eKasih:

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Individu yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih secara automatik melalui MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas di Kedai berdaftar.

SYARAT LULUS DAFTAR EKASIH SARA 2025

Untuk memastikan anda lulus Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori eKasih adalah seperti berikut:

  1. Daftar Sistem eKasih di Portal eKasih (untuk kategori miskin dan miskin tegar) di https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  2. Setelah itu, daftar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di https://bantuantunai.hasil.gov.my
  3. Jika lulus STR, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan secara automatik ke MyKad anda.
  4. Selesai.

PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR EKASIH ONLINE

Pendaftaran golongan Miskin dan Miskin Tegar di Sistem eKasih adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
  4. Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
  6. Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing seperti berikut:
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40419920
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7457103
    • PPN Sarawak : 082-492957
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Setelah selesai pendaftaran dan untuk semakan lulus atau tidak pendaftaran, layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  8. Selesai.

KADAR BAYARAN EKASIH SARA 2025

Jumlah Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih 2025 adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAAMAUN BULAN
JANUARI – MAC 2025
AMAUN BULAN
APRIL – DISEMBER 2025
Isi RumahRM100/bulanRM200/bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM100/bulanRM150/bulan
BujangRM50/bulanRM50/bulan

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment