CONTOH NO TIN LHDN : CARA SEMAK, PERMOHONAN, CARIAN
No TIN LHDN iaitu sebuah nombor identifikasi khas untuk setiap individu yang layak membayar cukai pendapatan. No TIN ini mula dilaksanakan bermula tahun 2022 yang memainkan peranan penting dalam urusan percukaian, termasuk fail cukai, semakan rekod dan urusan rasmi dengan agensi kerajaan.
Bagaimanakah cara semak, permohonan dan carian contoh no TIN LHDN? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BAYARAN DUIT MYKASIH SARA BULAN MAC 2026 MULA DIMASUKKAN – CEK STATUS PEMBAYARAN SEGERA
APA ITU NO TIN LHDN?
Nombor TIN LHDN iaitu Tax Identification Number atau Nombor Pengenalan Cukai yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) yang berfungsi untuk urusan cukai pendapatan, permohonan pinjaman, bantuan kewangan dan sebagainya.
Nombor Pengenalan Cukai (TIN) bukan sahaja satu keperluan undang-undang, malah menjadi elemen penting dalam urusan kewangan dan kepatuhan cukai setiap individu dan setiap syarikat yang berdaftar.
CONTOH NO TIN LHDN
Setiap Nombor TIN LHDN adalah berbeza bagi setiap seorang individu yang menggabungkan dua belas (12) penamaan digital dan setiap nombor membawa maklumat tertentu seperti berikut :
- 2 nilai pertama : merujuk kepada kod pemeriksaan cukai yang memberikan nombor individu kepada orang tertentu;
- 6 digit berikutnya : merujuk kepada nombor siri pembayar cukai yang maklumatnya tersenarai dalam pendaftaran;
- 2 digital terakhir : merujuk kepada kawalan dan tujuan untuk pengesahan ketepatan nombor tersebut dan ianya ditentukan menggunakan algoritma khas.
Lazimnya Nombor TIN LDHN diberikan dalam format seperti contoh berikut :
- IG 12345678000
- SG 12345678000
KATEGORI LAYAK DAPAT NO TIN LHDN
Nombor TIN LHDN diberikan kepada individu yang membayar cukai yang terdiri dari kategori berikut :
- Setiap Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas; serta
- Pembayar cukai yang boleh ditaksir dan boleh dikenakan cukai; atau
- Pembayar cukai yang dikehendaki untuk mengemukakan borang nyata.
*Pembayar cukai ialah merujuk kepada individu sepertimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) adalah termasuk suatu syarikat, badan, orang, perkongsian lialibiliti terhad dan perbadanan tunggal.
PERMOHONAN NO TIN LHDN
Setiap individu yang layak boleh mendapatkan nombor TIN LHDN melalui permohonan seperti berikut :
- Pendaftaran automatik dengan nombor cukai pendapatan individu melalui Potongan Cukai Bulanan (PCB);
- Pendaftaran automatik bagi syarikat baharu yang telah mendaftar secara online dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui Portal MyCoID;
- Pendaftaran secara online di e-Daftar; atau
- Pendaftaran secara manual di cawagan LHDN yang berhampiran.
CARA PERMOHONAN NO TIN LHDN
Bagi yang ingin mendaftar permohonan Nombor TIN LDHN secara online melalui e-Daftar, ikuti panduan berikut :
- Layari laman web rasmi MyTax e-Daftar di sini : https://mytax.hasil.gov.my.
- Anda akan dibawa ke halaman utama MyTax.
- Sila pilih ‘Jenis Pengenalan’ : MyKad/MyPR/MyKas.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Klik pada butang [Hantar].
- Jika anda belum pernah daftar, paparan akan menunjukkan ‘Sijil Digital tidak wujud’.
- Pilih salah satu (1) kaedah permohonan Sijil Digital [e-CP55D] atau [e-KYC].
- Jika anda pilih [e-KYC], kod QR akan dipaparkan untuk aplikasi MyTax.
- Muat turun aplikasi MyTax dalam telefon pintar anda.
- Buka aplikasi MyTax, klik pada [Pertama Kali Log Masuk].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (ID) anda.
- Klik pada butang [Hantar/Submit].
- Seterusnya daftar [e-KYC] dengan klik butang [Ya] dan [Teruskan].
- Nombor ID dan nama penuh anda akan dipaparkan.
- Masukkan alamat e-mel yang aktif.
- Klik pada butang [Hantar/Submit] dan [Ya].
- Muat naik gambar Kad Pengenalan anda depan dan belakang dengan jelas.
- Kemudian, muat naik gambar swafoto anda dengan jelas.
- Klik pada butang [Hantar/Submit].
- Semak maklumat asas dan ciptakan ‘Kata Laluan’ dan ‘Frasa Keselamatan’ yang boleh diingat.
- Log masuk ke akaun anda dengan nombor ID dan kata laluan yang disahkan.
- Pilih jenis bayaran cukai yang anda inginkan / perlukan [Individu / Syarikat].
- Nombor TIN LHDN akan dipaparkan bersama maklumat cukai lain.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Cukai TIN LHDN, sila rujuk pihak berwajib melalui laman dan talian rasmi LHDN seperti berikut :
- Laman LHDN : https://www.hasil.gov.my/hubungi-kami/
- Talian LHDN : 03 8911 100
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang No TIN.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.hasil.gov.my/pautan-pantas/perkhidmatan/pelaksanaan-nombor-pengenalan-cukai-tin/.