CHECK STR TAMBAHAN 2026 : CEK STATUS KELAYAKAN ANDA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA TAMBAHAN BARU
Selain Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), penerima yang berjaya memohon serta disahkan status ‘Layak’ akan turut sama terima bayaran Bantuan Tambahan dengan kadar yang berbeza mengikut status kelayakan masing-masing.
Bagaimanakah cara check status STR Tambahan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
APA ITU STR TAMBAHAN?
STR Tambahan adalah merujuk kepada Sumbangan Asas Rahmah yang diberikan sebagai bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk membantu mencukupi keperluan asas setiap bulan.
SYARAT KELAYAKAN STR TAMBAHAN
Berikut merupakan syarat kelayakan penerima STR Tambahan :
- Warganegara Malaysia;
- Kategori : Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang.
- Kadar Pendapatan :
- Bawah RM2,500 hingga RM5,000 sebulan (penerima STR biasa).
- Bawah Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin (penerima STR eKasih).
- Lulus permohonan STR bagi tahun 2026.
KADAR AGIHAN STR TAMBAHAN 2026
Kadar Bantuan STR Tambahan diagihkan berdasarkan kategori penerima STR seperti berikut :
- Isi Rumah STR Daftar eKasih :
| BIL. TANGGUNGAN | KADAR STR 2025 | KADAR TAMBAHAN |
|---|---|---|
| Tiada | RM700 | RM2,400 |
| 1 – 2 orang | RM1,200 | RM2,400 |
| 3 – 4 orang | RM1,700 | RM2,400 |
| >5 orang | RM2,200 | RM2,400 |
- Isi Rumah STR Bukan eKasih :
| BIL. TANGGUNGAN | KADAR STR B40 | KADAR STR M40 | KADAR TAMBAHAN |
|---|---|---|---|
| Tiada | RM700 | RM200 | RM1,200 |
| 1 – 2 orang | RM1,200 | RM450 | RM1,200 |
| 3 – 4 orang | RM1,700 | RM700 | RM1,200 |
| >5 orang | RM2,200 | RM950 | RM1,200 |
- Warga Emas STR Daftar eKasih :
| BIL. TANGGUNGAN | KADAR STR | KADAR TAMBAHAN |
|---|---|---|
| Tiada | RM600 | RM1,800 |
- Warga Emas STR Bukan eKasih :
| BIL. TANGGUNGAN | KADAR STR | KADAR TAMBAHAN |
|---|---|---|
| Tiada | RM600 | RM600 |
- Bujang STR Daftar eKasih :
| BIL. TANGGUNGAN | KADAR STR | KADAR TAMBAHAN |
|---|---|---|
| Tiada | – | RM1,200 |
- Bujang STR Bukan eKasih :
| BIL. TANGGUNGAN | KADAR STR | KADAR TAMBAHAN |
|---|---|---|
| Tiada | – | RM600 |
CARA AGIHAN STR TAMBAHAN
Kerajaan menyediakan cara agihan Bantuan STR Tambahan yang mudah seperti berikut :
- Agihan Bantuan STR :
- Diagihkan secara ansur empat (4) fasa dengan bayaran tunai melalui akaun bank penerima dan melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan boleh digunakan untuk apa sahaja keperluan.
- Agihan Bantuan Tambahan :
- Diagihkan secara ansur setiap bulan dengan bayaran tanpa tunai melalui Kad Pengenalan penerima dan perlu digunakan untuk beli barang keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, alatan persekolahan, keperluan bayi dan sebagainya.
CHECK STATUS STR TAMBAHAN 2026
Ikuti panduan lengkap cara check status kelayakan sebagai penerima Bantuan STR Tambahan di bawah :
- Sila layari pautan Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan no Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan seterusnya adalah [Kata Kunci Keselamatan].
- Jika nama yang dipaparkan sebagai kata kunci adalah betul, klik butang [Ya].
- Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] yang betul.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard akan dipaparkan.
- Untuk semakan, sila klik butang [Semakan Permohonan].
- Status penerima STR dan SARA (Tambahan) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]