CHECK STR FASA 4 2025

CHECK STR FASA 4 2025

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bakal memasuki pembayaran Fasa Keempat (4) kepada penerima yang layak termasuk Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tanpa pasangan dengan kadar bayaran mengikut kelayakan penerima.

Bagaimanakah check str fasa 4? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: BAGAIMANAKAH CARA GUNA SARA RM100 (PANDUAN LENGKAP)

CHECK STR FASA 4

SIAPA YANG LAYAK?

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

KATEGORI PENERIMASYARAT KELAYAKAN
Isi Rumah

.
1) Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau

2) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;

3) Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Warga Emas Tiada Pasangan1) Bujang; atau

2) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;

3) Berumur 60 tahun dan ke atas; dan

4) Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
Bujang1) Bujang; atau

2) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

3) Berumur 21-59 tahun; dan

4) Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan

5) Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

KADAR BAYARAN

Amaun kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR MAKSIMUM BAYARAN
Isi rumah
Berpendapatan RM 2500 kebawah
Tiada anak : RM1,000
1 hingga 2 anak : RM1,500
3 hingga 4 anak : RM2,000
5 anak ke atas : RM2,500
Isi rumah
Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
Tiada anak : RM500
1 hingga 2 anak : RM750
3 hingga 4 anak : RM1,000
5 anak ke atas : RM1,250
Warga emas tiada pasanganRM600
BujangRM600

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:

FASA STRTARIKH MASUK BAYARAN
Fasa 122 Januari 2025
Fasa 224 Mac 2025
Fasa 32 Ogos 2025
Fasa 4Tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa

CHECK STR FASA 4

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 4] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

KAEDAH BAYARAN

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR FASA 4

Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :

  1. Bagaimana cara check STR Fasa 4 guna MyKad?
    • Layari portal MySTR, login menggunakan nombor MyKad, dan semak status kelayakan.
  2. Bagaimana cara terima bayaran jika tidak mempunyai akaun bank?
    • Boleh tuntut tunai di mana-mana cawangan BSN dengan membawa MyKad.
  3. Adakah STR Fasa 4 terakhir untuk 2025?
    • Ya, STR Fasa 4 adalah bayaran terakhir bagi tahun semasa.
  4. Apa yang perlu dilakukan sekiranya status semakan tidak berjaya?
    • Anda boleh mengemukakan rayuan atau hubungi LHDN/hadir ke cawangan berdekatan untuk pengesahan masalah yang dihadapi.
  5. Bagaimanakah permohonan Bantuan STR Fasa 4?

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Leave a Comment