CHECK STATUS SARA 2026 : KELAYAKAN & JUMLAH BANTUAN

CHECK STATUS SARA 2026 : KELAYAKAN & JUMLAH BANTUAN

Kerajaan MADANI mencetak sejarah baharu apabila memperuntukkan jumlah bantuan tertinggi setakat ini, mencecah RM15 bilion bagi pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026. Menurut kenyataan Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, lonjakan peruntukan ini bakal memanfaatkan sekitar 9 juta penerima di seluruh negara. Menariknya, bagi kategori SARA Bulanan sahaja, seramai 8.1 juta individu bakal menerima manfaat dengan dana mencecah RM8 bilion—satu peningkatan drastik berbanding RM5 bilion pada tahun sebelumnya.

Bagi fasa permulaan tahun ini, penyaluran SARA Bulanan telah pun digerakkan secara berperingkat bermula 9 Januari 2026 bagi kategori isi rumah dan warga emas tiada pasangan. Manakala bagi 3.1 juta penerima kategori bujang, proses pengkreditan telah dimulakan pada 16 Januari 2026. Komitmen kerajaan dalam memperluas capaian bantuan ini turut terbukti dengan sasaran penglibatan 10,000 kedai runcit menjelang akhir 2026, sekali gus memudahkan urusan penebusan barangan asas di lebih banyak lokasi. Dengan pelbagai fasa bayaran yang sedang berjalan, pastinya ramai yang ingin tahu status terkini kelayakan masing-masing.

Persoalan utama yang sering dibangkitkan oleh orang ramai ketika ini ialah bagaimanakah check status SARA 2026? Ikuti info dan panduan lengkap langkah demi langkah di bawah untuk memastikan anda tidak terlepas bantuan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan.

Baca juga: SEMAKAN STATUS SARA 2026 (BANTUAN MYKASIH STR)

APAKAH SARA

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program sumbangan ini adalah untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

CHECK KELAYAKAN SARA 2026

Kriteria kelayakan bagi program SARA 2026 telah ditetapkan mengikut dua kategori utama seperti berikut:

  1. SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2025 atau pada tarikh data semakan berkala.
  2. SARA STR 2026
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

*Nota Tambahan: Semakan rekod eKasih akan dibuat secara berkala terhadap penerima sedia ada STR yang tiada dalam rekod Miskin tegar / Miskin eKasih dengan ketetapan seperti berikut:

  1. Data eKasih 31 Januari 2026 (layak SARA 2026 mulai Januari 2026) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada April 2026.
  2. Data eKasih 30 April 2026 (layak SARA 2026 mulai April 2026) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada Julai 2026.
  3. Data eKasih 31 Julai 2026 (layak SARA 2026 mulai Julai 2026) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada Ogos 2026.
  4. Data eKasih 31 Oktober 2026 (layak SARA 2026 mulai Oktober 2026) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada November 2026.

CHECK JUMLAH BANTUAN SARA 2026

Berikut diperincikan struktur agihan dana SARA 2026 mengikut profil pemohon. Sila rujuk jadual di bawah untuk memahami perincian nilai bantuan tahunan serta kadar pengkreditan bulanan yang akan diterima:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN SARA
(PENERIMA STR 2026
BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR EKASIH)
JUMLAH BANTUAN SARA
(PENERIMA STR 2026
SELAIN MISKIN & MISKIN TEGAR EKASIH)
Isi Rumah
(Tiada Had Umur)
RM2,400 setahun
RM200 sebulan (Jan – Dis)
RM1,200 setahun
RM100 sebulan (Jan – Dis)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,800 setahun
RM150 sebulan (Jan – Dis)
RM600 setahun
RM50 sebulan (Jan – Dis)
Bujang
(21-59 Tahun)
RM1,200 setahun
RM100 sebulan (Jan – Dis)
RM600 setahun
RM50 sebulan (Jan – Dis)

*Nota Tambahan: Selain daripada penyaluran bantuan SARA secara bulanan bagi tahun 2026, Kerajaan MADANI juga telah memperuntukkan Bantuan SARA Untuk Semua bernilai RM100. Bantuan ini akan dikreditkan secara sekaligus (one-off) kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

CHECK TARIKH BAYARAN SARA 2026

Mekanisme penyaluran bantuan SARA 2026 telah diperkemas melalui dua kaedah pembayaran utama, iaitu secara bulanan dan sekali gus (one-off). Berikut adalah perincian mengenai tarikh permulaan bagi setiap format pembayaran tersebut:

PEMBAYARAN SARA
(BULANAN)
PEMBAYARAN SARA
(SEKALI GUS/ONE-OFF)
Tarikh Rasmi: 9 Januari 2026 (Isi Rumah & Warga Emas) &
16 Januari 2026 (Bujang)
Tarikh Jangkaan: Februari hingga Disember 2026
Tarikh Rasmi: 9 Februari 2026
Jumlah Bantuan: RM100 sebulan untuk isi rumah, RM50 sebulan untuk warga emas tiada pasangan, RM50 sebulan untuk bujang.
Tambahan SARA eKASIH: RM200 sebulan untuk isi rumah, RM150 sebulan untuk warga emas tiada pasangan, RM100 sebulan untuk bujang.
Jumlah Bantuan: RM100 untuk semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

*Nota Tambahan: Pihak kami akan mengemas kini jadual jangkaan pembayaran SARA bagi bulan Februari dan fasa seterusnya secara serta-merta, sebaik sahaja kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Malaysia.

KAEDAH PENGKREDITAN SARA 2026

Penyaluran dana SARA 2026 dilaksanakan secara automatik melalui fungsi tanpa tunai (cashless) yang dipautkan terus pada MyKad penerima. Anda boleh menggunakan MyKad tersebut sebagai medium pembayaran untuk mendapatkan barangan keperluan asas di pasar raya dan kedai runcit terpilih di seluruh Malaysia. Untuk pengurusan bantuan yang lebih efisien, aplikasi MyKasih turut disediakan bagi membolehkan anda memantau baki semasa, menyemak kategori produk, serta mencari lokasi premis berdekatan.

KEDAI RAKAN NIAGA SARA 2026

Penerima yang layak dapat memanfaatkan bantuan SARA di kedai runcit terdekat untuk membeli barangan keperluan asas. Sehingga kini, SARA mempunyai lebih daripada 8,400 rakan niaga di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas. Perlu diketahui juga bahawa bilangan rakan niaga SARA ini bukanlah bersifat muktamad, namun akan bertambah dari semasa ke semasa.

Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan berikut:

PERKARAPAUTAN
Senarai Pasar Raya & Kedai Runcit Rakan Niaga SARAhttps://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

KATEGORI BARANGAN YANG DIBENARKAN

Bagi tahun 2026, pihak kerajaan telah menetapkan 14 kategori produk keperluan yang dibenarkan untuk pembelian. Berikut adalah senarai lengkap barangan yang boleh diperoleh menggunakan manfaat SARA:

BIL.KATEGORI BARANGANCONTOH
1Beras
2Telur
3Roti
4Minyak Masak
5Biskut
6Mi Segera
7Tepung
8MinumanSusu, Teh, Kopi
9Bahan PerasaSos, Kicap, Gula, Garam
10Makanan dalam TinSardin, Tuna
11Ubat-Ubatan yang Diluluskan oleh KKM
12Produk Penjagaan DiriUbat Gigi, Tuala Wanita, Sabun
13Keperluan SekolahPakaian Seragam, Kasut,
Beg Sekolah, Alat Tulis
14Barangan Kebersihan RumahSabun Pencuci Baju, Pinggan, Mangkuk dan Lantai

*Nota Tambahan: Senarai yang dipaparkan adalah sebagai panduan am sahaja. Penerima manfaat mempunyai fleksibiliti untuk membeli pelbagai barangan keperluan lain, selagi item tersebut diklasifikasikan di bawah kategori produk yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

LANGKAH PEMBELIAN BARANGAN SARA

Bagi memastikan transaksi anda di kaunter pembayaran dilakukan tanpa sebarang kesulitan, sila rujuk prosedur pembelian barangan SARA melalui MyKad seperti yang digariskan di bawah:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    • Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • MyKad Penerima bantuan membuat bayaran menggunakan MyKad untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit untuk Semakan
    • Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian

CHECK STATUS SARA 2026

Bagi memperkasa aksesibiliti maklumat, pihak kementerian telah menyediakan platform bagi check status SARA 2026 secara digital menerusi Portal dan Aplikasi MyKasih. Sila ikuti panduan komprehensif di bawah untuk memastikan proses navigasi semakan anda berjalan lancar:

  1. Cara Check Status SARA 2026 Melalui Portal MyKasih:
    • Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini: https://mykasih.com.my/.
    • Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
    • Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
    • Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
    • Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
    • Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    • Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
    • Selesai.
  2. Cara Check Status SARA 2026 Melalui Aplikasi MyKasih:
    • Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore Google Play Huawei App Gallery.
    • Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
    • Paparan pertama (1) adalah pilihan menu:
      • [SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
      • [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
    • Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100 One-off].
    • Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
    • Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
    • Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
    • Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
    • Klik pada butang [Semakan Status].
    • Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
    • Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2026

Bagi membantu anda memahami inisiatif ini dengan lebih mendalam, kami telah menghimpunkan jawapan kepada persoalan yang kerap ditanya mengenai SARA 2026 di bawah:

  1. Adakah saya perlu memohon SARA 2026?
    • Tidak. Kelayakan SARA 2026 adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2025 atau pada tarikh data semakan berkala. SARA 2026 turut diperluas kepada semua penerima STR 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  2. Sekiranya saya tidak tersenarai sebagai penerima SARA 2026, adakah saya masih berpeluang menjadi penerima SARA?
    • Ya. Tiada permohonan rayuan akan dibuka bagi kelayakan baharu SARA. Walau bagaimanapun, kelayakan SARA akan dipertimbangkan semula sekiranya:
      • i. Warganegara Malaysia;
      • ii. Permohonan rayuan STR 2026 anda melepasi kriteria kelayakan dan diluluskan; serta
      • iii. Tersenarai dalam data Miskin Tegar / Miskin eKasih atau lulus kategori Isi Rumah / Warga Emas Tiada Pasangan STR 2026 (bagi kelayakan kadar tambahan SARA 2026).
    • Amaun kelayakan SARA 2026 adalah tertakluk kepada fasa STR 2026 diluluskan. Sekiranya permohonan STR diluluskan mulai semakan Fasa 2 / Fasa 3 / Fasa 4, bayaran SARA yang akan diterima adalah mulai bulan permohonan STR berkenaan diluluskan.
  3. Adakah saya boleh membuat pembelian di pasar raya dan kedai runcit luar daripada kawasan tempat tinggal saya?
    • Ya.
  4. Adakah saya perlu bayar lebihan amaun sekiranya amaun pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad penerima?
    • Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.

INFO LANJUT

Laman web ini merupakan platform penyampaian maklumat yang komprehensif bagi membantu masyarakat mengakses inisiatif bantuan kerajaan dengan lebih mudah. Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut atau memerlukan pengesahan rasmi mengenai program SARA, anda dinasihatkan untuk menghubungi pihak berkuasa yang berkaitan melalui saluran perhubungan berikut:

  • Portal Rasmi SARA: https://sara.gov.my/; atau
  • Talian Bantuan SARA Yayasan MyKasih: 03-7720 1800 (Waktu Operasi: 8.30 pagi – 5.30 petang, Isnin – Jumaat).
  • Alamat E-mel: [email protected]

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202026.pdf

1 thought on “CHECK STATUS SARA 2026 : KELAYAKAN & JUMLAH BANTUAN”

Leave a Comment