CHECK STATUS MYKASIH ONLINE (2025 BANTUAN)
Pengkreditan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan kepada individu yang layak dan berstatus ‘lulus’ dengan kadar bulanan berdasarkan kategori kelayakan penerima, kini memasuki pembayaran Oktober.
Bagaimanakah check status mykasih online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BAYARAN STR (FASA 4 2025 BANTUAN)

SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus eKasih;
- Tersenarai dalam data eKasih (Miskin dan Miskin Tegar);
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
PORTAL ONLINE CHECK MYKASIH
Status kelayakan, bayaran, senarai kedai berdaftar, senarai barangan diluluskan, baki bayaran boleh disemak secara online seperti berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
CHECK STATUS MYKASIH ONLINE
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
Cara semakan di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara semakan di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
CHECK STATUS BAYARAN MYKASIH
- Penerima STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang | RM600 | RM50 (Januari – Disember) |
- Penerima STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM900 | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 | RM50 (April – Disember) |
TARIKH & KAEDAH BAYARAN BANTUAN MYKASIH
Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 adalah seperti berikut :
- Tarikh Pelaksanaan Bayaran
JENIS PENERIMA | TARIKH BAYARAN | TARIKH LUPUT/TAMAT |
---|---|---|
Penerima STR & eKasih | Bermula Januari sehingga Disember 2025 | 31 Ogos 2025 |
Penerima STR Sahaja | Bermula April sehingga Disember 2025 | 31 Ogos 2025 |
- Kaedah Pelaksanaan Bayaran
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk dibelanjakan di lebih 7,300 kedai dan pasar raya berdaftar untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan.
SENARAI BARANGAN YANG BOLEH DIBELI
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan di bawah Program SARA seperti:
- Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan
SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MyKasih (SARA) 2025:
- Bagaimana cara semakan status MyKasih dibuat?
- Anda boleh menyemak status kelayakan secara online di Portal SARA, atau di Portal MySTR.
- Berapakah jumlah bantuan yang diberikan?
- Jumlah bantuan MyKasih (SARA) diberikan berbeza bergantung pada kelayakan penerima iaitu diantara RM50 sehingga RM200 sebulan.
- Bila tarikh bayaran MyKasih dikreditkan?
- Bayaran disalurkan ke dalam MyKad penerima setiap bulan sepanjang tahun 2025.
- Apa perlu dibuat jika status semakan “Tidak Layak”?
- Anda boleh kemas kini maklumat di portal STR atau eKasih, atau membuat rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Adakah bantuan ini dalam bentuk tunai?
- Tidak. Bantuan MyKasih disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima untuk membeli barangan asas.
MAKLUMAT LANJUT
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]