CHECK STATUS EKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

CHECK STATUS EKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Sehingga 31 Oktober 2024, sekitar seramai 700,000 ribu individu telah disahkan status ‘Layak’ dan tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM).

Bagaimanakah check status eKasih? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CHECK KELAYAKAN MYKASIH : SEMAKAN STATUS  LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG (RM2100 & RM900 & RM600)

PENGENALAN EKASIH 2025

eKasih adalah merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program atau bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR).

Data eKasih digunakan oleh Kerajaan serta agensi pemberi bantuan bagi memastikan rakyat yang benar-benar layak untuk menerima bantuan kewangan dan sebagainya.

SYARAT KELAYAKAN EKASIH 2025

Berikut merupakan syarat kelayakan eKasih :

  • Warganegara Malaysia;
  • Merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ahli Isi Rumah (AIR);
  • Pendapatan Isi Rumah bawah PGK semasa.

*Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.

CHECK STATUS EKASIH 2025

Status kelayakan pendaftaran eKasih boleh dicheck melalui pautan berikut :

  1. Sila layari portal rasmi e Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

STATUS EKASIH 2025

Anda akan dipaparkan dengan status seperti berikut :

  • ‘Disahkan’ – Telah dibanci
  • ‘Disemak’ – Dalam proses banci
  • ‘Ditolak’ – Tidak layak dibanci
  • ‘Baru/Daftar Terbuka’ – Pemohonan baru

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment