CHECK STATUS EKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Berdasarkan rekod terkini data e-Kasih, rakyat dewasa Malaysia yang benar-benar layak tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih adalah seramai 700,000 ribu (ketua isi rumah dan ahli isi rumah) yang berpendapatan di bawah garis PGK semasa.
Bagaimanakah check status eKasih? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH SARA : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
APA ITU EKASIH 2025
e-Kasih bukanlah bantuan/program, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data isi rumah miskin dan miskin tegar.
Data e-Kasih digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan seperti Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberikan sepanjang tahun.
SYARAT STATUS EKASIH 2025
Berikut merupakan syarat status lulus e-Kasih :
- Warganegara Malaysia;
- Merupakan Ketua Isi Rumah; dan
- Pendapatan isi rumah di bawah PGK semasa.
CHECK STATUS EKASIH 2025
Status pendaftaran dalam sistem e-Kasih boleh disemak seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : thttps://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
CHECK STATUS SARA EKASIH 2025
Bagi yang telah disahkan status pendaftaran e-Kasih, boleh ketahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA melalui semakan berikut :
- Sila klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR SUMBANGAN EKASIH 2025
Bantuan SARA disumbangkan kepada penerima e-Kasih seperti berikut :
PENERIMA DAFTAR E-KASIH | PENERIMA BUKAN E-KASIH |
---|---|
ISI RUMAH : RM2,100/setahun | ISI RUMAH : RM900/setahun |
WARGA EMAS : RM1,650/setahun | WARGA EMAS : RM450/setahun |
BUJANG : RM600/setahun | BUJANG : – |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan E-Kasih anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/