CHECK STATUS BANTUAN MYKAD 2026 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
MyKad rakyat Malaysia boleh digunakan untuk menerima bantuan hanya daripada kerajaan dan boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas di mana premis terpilih yang mempunyai sistem bayaran guna MyKad penerima sahaja.
Bagaimanakah check status Bantuan MyKad? Rujuk panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : CARA SEMAK SRAA 2026 : BANTUAN MYKASIH
APA ITU BANTUAN MYKAD?
Bantuan MyKad iaitu Sumbangan Asas Rahmah yang dikreditkan dalam MyKad (Kad pengenalan) penerima khas untuk pembelian barang keperluan asas setiap bulan tanpa perlu buat pengeluaran tunai.
JUMLAH KREDIT BANTUAN MYKAD 2026
Kerajaan telah menetapkan jumlah bantuan yang akan dikreditkan dalam MyKad setiap penerima seperti berikut :
- Penerima Berstatus Miskin & Miskin Tegar :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KREDIT |
|---|---|
| Isi Rumah | RM200 sebulan |
| Warga Emas | RM150 sebulan |
| Bujang | RM100 sebulan |
- Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KREDIT |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 sebulan |
| Warga Emas | RM50 sebulan |
| Bujang | RM50 sebulan |
TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD 2026
Berikut merupakan tarikh bantuan dikreditkan dalam MyKad penerima yang layak :
| BIL. | TARIKH KREDIT |
|---|---|
| 1. | 9 – 16 Januari 2026 |
| 2. | 1 Februari 2026 |
| 3. | 1 Mac 2026 |
| 4. | 1 April 2026 |
| 5. | 1 Mei 2026 |
| 6. | 1 Jun 2026 |
| 7. | 1 Julai 2026 |
| 8. | 1 Ogos 2026 |
| 9. | 1 September 2026 |
| 10. | 1 Oktober 2026 |
| 11. | 1 November 2026 |
| 12. | 1 Disember 2026 |
APA BOLEH BELI GUNA BANTUAN MYKAD?
Terdapat pelbagai barang yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan MyKad, antaranya adalah :
| KATEGORI BARANG | SENARAI YANG BOLEH BELI |
|---|---|
| Bahan asas masakan | Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya |
| Makanan sejuk beku | Burger, nuget, bebola daging, ayam, daging, itik dan sebagainya |
| Makanan ringan | Roti, biskut, bijirin dan sebagainya |
| Minuman | Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya |
| Produk penjagaan diri | Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya |
| Keperluan asas bayi | Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya |
| Ubat-ubatan | Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM |
| Keperluan sekolah | Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya |
| Produk kebersihan rumah | Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya |
CHECK STATUS BANTUAN MYKAD 2026
Kepada yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKad, sila check status kelayakan di Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima Bantuan SARA dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Alamat E-mel : [email protected]
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.