CHECK PLKN 2025 : SEMAKAN STATUS NAMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan konsep dan format baharu bagi melahirkan generasi masa hadapan yang lebih berkeyakinan, berdisiplin dan memiliki semangat patriotisme yang tinggi.
Bagaimanakah check status nama layak atau tidak plkn 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: CHECK KELAYAKAN MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM2100 & RM900 & RM600)
SYARAT KELAYAKAN PESERTA PLKN 2025
Kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Calon berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
- Kelahiran tahun 2007;
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental;
- Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini;
CHECK STATUS KELAYAKAN PESERTA PLKN 2025 SECARA ONLINE
Tawaran Pelatih PLKN 3.0 boleh disemak secara online seperti berikut:

- Layari Portal Rasmi Semakan Tawaran PLKN : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
- Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
- Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
- Kemudian, Klik [Semak]
- Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
- Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar:
[Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0]
Untuk meneruskan pendaftaran setelah pelatih selesai membuat semakan tawaran, pelatih boleh rujukan panduan pendaftaran dan pengesahan kehadiran di sini: https://plkn.mod.gov.my/Downloads/manual-pengguna-pelatih.pdf
Bagi memastikan proses pendaftaran dan urusan pentadbiran berjalan lancar, pelatih yang terpilih diminta untuk mengesahkan kehadiran selewat-lewatnya pada 11 Julai ini.
CHECK SENARAI NAMA PESERTA TERPILIH PLKN 2025 SIRI 3
Nama peserta yang terlibat dengan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi siri terkini boleh disemak di https://jlkn.mod.gov.my/images/plkn/SIRI3_505_515.pdf
TARIKH DAN LOKASI PLKN 2025
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat (tiga siri/peringkat) seperti berikut:
Pertama (SIRI 1)
- Tarikh: 12 Januari – 25 Februari 2025
- Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
Kedua (SIRI 2)
- Tarikh: 11 Mei – 24 Jun 2025
- Lokasi:
- Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
- Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
Ketiga (SIRI 3)
- Tarikh: 7 September – 21 Oktober 2025
- Lokasi:
- Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
- Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian PLKN : 03-40133613 / 03-40133618
- e-Mel : [email protected]
- Laman Web Rasmi : https://jlkn.mod.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mod.gov.my/index.php/maklumat/plkn-3-0