CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR 2026 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR 2026 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

Inisiatif Bantuan Keperluan Asas Barang Dapur adalah diberikan di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (SARA) bagi membantu meringankan bebanan rakyat kerana harga barangan keperluan asas yang semakin meningkat.

Bagaimanakah cara check nama penerima Bantuan Keperluan Asas Barang Dapur? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM2400 2025 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

SENARAI KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR

Antara barang keperluan asas dapur yang boleh ditebus adalah termasuk :

  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White dan sebagainya.
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP dan sebagainya.
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit dan sebagainya.
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey dan sebagainya.
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng dan sebagainya.
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap dan sebagainya.
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf dan sebagainya.
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup dan sebagainya.
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta dan sebagainya.

*Selain barang dapur, penerima juga boleh membeli barang keperluan asas lain seperti produk penjagaan diri, keperluan asas bayi, ubat-ubatan, produk kebersihan rumah, barang persekolahan dan sebagainya.

HAD BANTUAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR 2026

Setiap kategori penerima akan menerima Bantuan Keperluan Asas Barang Dapur mengikut had yang ditetapkan setiap golongan seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
HAD BANTUAN
GOLONGAN
MISKIN & MISKIN
TEGAR
HAD BANTUAN
GOLONGAN
ASAS BUKAN
MISKIN
ISI RUMAHRM200 sebulan
hingga
RM2,400 setahun
RM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
WARGA EMASRM150 sebulan
hingga
RM1,800 setahun
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun
BUJANGRM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun

SIAPA LAYAK TERIMA BANTUAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Keperluan Asas Barang Dapur untuk tahun 2026 :

  • Kelayakan Penerima Dari Golongan Miskin & Miskin Tegar :
    • Warganegara : Malaysia.
    • Had umur mengikut kategori :
      • Isi Rumah – Tiada had umur.
      • Bujang – 21 hingga 59 tahun.
      • Warga Emas – 60 tahun & ke atas.
    • Kadar Pendapatan penerima :
      • Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin semasa.
    • Tersenarai dalam rekod data eKasih dan Lulus permohonan STR 2026.
  • Kelayakan Penerima Dari Golongan Asas Bukan Miskin :
    • Warganegara : Malaysia.
    • Had umur mengikut kategori :
      • Isi Rumah – Tiada had umur.
      • Bujang – 21 hingga 59 tahun.
      • Warga Emas – 60 tahun & ke atas.
    • Kadar Pendapatan penerima :
      • Bawah RM2,500 atau hingga tidak melebihi RM5,000 sebulan.
    • Lulus permohonan STR 2026.

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR 2026

Nama-nama penerima Bantuan Keperluan Asas Barang Dapur boleh disemak seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi Sumbangan Asas Rahmah (MyKasih).
  2. Halaman utama akan dipaparkan.
  3. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  4. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  5. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  6. Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
    • *Format tanpa sengkang (-) Kad Pengenalan (Contoh : 700230112345).
  7. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  8. Status kelayakan anda akan dipaparkan.
  9. Selesai.

CARA TEBUS BANTUAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR

Keperluan asas barang dapur boleh ditebus mengikut cara-cara yang mudah seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih SARA berhampiran (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  4. Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  7. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

SUMBER RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Barang Keperluan Asas Dapur (Sara MyKasih), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment