CHECK MYSARA DALAM MYKAD : (2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Setiap individu rakyat dewasa Malaysia termasuk penerima sedia ada SARA akan menerima bantuan tambahan ONE-OFF melalui MyKad yang akan disalurkan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan.
Bagaimanakah check mysara dalam mykad 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: MYKASIH DALAM IC SEMAKAN : (2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SIAPAKAH LAYAK MENERIMA MYSARA DALAM MYKAD 2025
Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 STR setiap bulan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Setiap individu rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, tanpa mengira pendapatan termasuk penerima sedia ada SARA akan menerima SARA ONE-OFF RM100 secara automatik melalui MyKad pada 31 Ogos 2025, Sempena Sambutan Hari Kebangsaan.
CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA MYSARA DALAM MYKAD ONLINE
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Semakan di Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Semakan di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Status kelayakan SARA STR bulanan boleh disemak bila-bila masa, manakala kelayakan SARA one-off RM100 boleh disemak di Portal MyKasih mulai 21 Ogos 2025.
AMAUN BULANAN MYSARA DALAM MYKAD 2025
Kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan disalurkan dalam MyKad penerima adalah seperti berikut:
- Penerima Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Penerima Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan (bermula April – Disember |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM50/bulan (bermula April – Disember) |
Tambahan SARA ONE-OFF (SEKALI BAYAR) sebanyak RM100 akan disalurkan terus kepada setiap penerima pada 31 Ogos 2025.
CARA GUNA KREDIT MYSARA DALAM MYKAD
Penerima boleh menggunakan kredit SARA STR atau SARA ONE-OFF untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan Asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA STR/ SARA ONE OFF.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara