CHECK MYKASIH DALAM IC : (2025) CEK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Identity Card / Kad Pengenalan (IC) rakyat Malaysia boleh digunakan untuk pelbagai transaksi seperti penerimaan pengkreditan Bantuan MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) untuk pembelian barangan keperluan asas seperti barang dapur dan sebagainya.
Bagaimanakah check MyKasih dalam IC? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : BILA MASUK BAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
CARA GUNA BANTUAN MYKASIH DALAM IC
Hanya penerima yang disahkan kelayakan sahaja boleh menggunakan IC seperti berikut :
- Kunjungi kedai terpilih MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan asas yang berdasarkan label MyKasih.
- Tunjukkan IC pada juruwang untuk pengesahan penerima.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Masukkan 6-digit nombor PIN IC.
- Bayaran akan disahkan.
CHECK KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH DALAM IC
Kelayakan sebagai penerima MyKasih boleh dicheck seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
CHECK BAKI KREDIT MYKASIH DALAM IC
Baki Bantuan MyKasih yang ada dalam IC boleh dicheck seperti berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android); atau
- App Store (Bagi pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH KREDIT MYKASIH DALAM IC
Kelayakan penerima berstatus Miskin & Miskin Tegar :
- Isi rumah akan menerima RM100 selama 3 bulan dan RM200 selama 9 bulan sehingga jumlah terkumpul sebanyak RM2,100 setahun.
- Warga Emas akan menerima RM100 selama 3 bulan dan RM150 selama 9 bulan sehingga jumlah terkumpul sebanyak RM1,650 setahun.
- Bujang akan menerima RM50 selama 12 bulan sehingga jumlah terkumpul sebanyak RM600 setahun.
Kelayakan penerima berstatus Asas Bukan Miskin :
- Isi Rumah akan menerima RM100 selama 9 bulan sehingga jumlah terkumpul sebanyak RM900 setahun.
- Warga Emas akan menerima RM50 selama 9 bulan sehingga jumlah terkumpul sebanyak RM450 setahun.
TARIKH KREDIT MYKASIH DALAM IC
Pengkreditan Bantuan MyKasih dalam IC penerima adalah mengikut tarikh berikut :
- 15 Januari 2025.
- 1 Februari 2025.
- 1 Mac 2025.
- 1 April 2025.
- 1 Mei 2025.
- 1 Jun 2025.
- 1 Julai 2025.
- 1 Ogos 2025.
- 1 September 2025.
- 1 Oktober 2025.
- 1 November 2025.
- 1 Disember 2025.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.