CHECK MYKASIH 2026 (FASA 1) : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA SETIAP BULAN
Seramai lebih 8.1 juta penerima yang terdiri daripada 3.7 juta isi rumah, 1.3 juta warga emas dan 3.1 juta individu bujang disahkan layak terima bayaran Bantuan Sara MyKasih setiap bulan bermula pada bulan Januari 2026.
Bagaimanakah cara check status kelayakan MyKasih 2026? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : STR 2026 SEMAKAN KELULUSAN : CHECK STATUS LULUS ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN SEMASA FASA 1
CHECK MYKASIH 2026
Rujuk cara check status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sara MyKasih seperti berikut :
- Sila klik pada pautan rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
- Layarkan skrin sedikit ke bawah.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad pada ruang tersebut.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Tunggu pengesahan verifikasi.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima Bantuan Sara akan dipaparkan.
- Selesai.
*Status kelayakan untuk tahun 2026 perlu disemak secara berkala untuk tahu status kelayakan semasa.
KADAR KREDIT SARA MYKASIH 2026
Kadar pengkreditan Bantuan Sara MyKasih untuk tahun 2026 bermula RM50 hingga RM200 setiap bulan bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
| KATEGORI & KELAYAKAN PENERIMA | KADAR KREDIT SARA MYKASIH |
|---|---|
| Isi Rumah (Miskin & Miskin Tegar) | RM200 setiap bulan |
| Warga Emas (Miskin & Miskin Tegar) | RM150 setiap bulan |
| Bujang (Miskin & Miskin Tegar) | RM100 setiap bulan |
| Isi Rumah (Asas Bukan Miskin) | RM100 setiap bulan |
| Warga Emas (Asas Bukan Miskin) | RM50 setiap bulan |
| Bujang (Asas Bukan Miskin) | RM50 setiap bulan |
TARIKH KREDIT SARA MYKASIH 2026
Pengkreditan Bantuan Sara MyKasih adalah setiap bulan bermula Januari hingga Disember 2026 dan bayaran yang pertama untuk tahun 2026 akan dikredikan pada tarikh seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH KREDIT SARA MYKASIH FASA 1 |
|---|---|
| Isi Rumah | Mulai 9 Januari 2026 |
| Warga Emas | Mulai 9 Januari 2026 |
| Bujang | Mulai 16 Januari 2026 |
CARA KREDIT SARA MYKASIH
Kerajaan akan mengkreditkan Bantuan Sara MyKasih secara automatik terus ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima yang layak dan setiap penerima perlu menggunakan Kad Pengenalan (MyKad) untuk beli barang-barang keperluan asas setiap bulan.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]