CHECK KELAYAKAN SYUKUR SABAH : FASA 1 2026
SYUKUR Sabah atau rasminya Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang merupakan sebuah program bantuan tunai yang diagihkan secara berfasa khusus kepada rakyat di negeri Sabah yang benar-benar berkelayakan.
Bagaimanakah cara check kelayakan SYUKUR Sabah? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK WANG BANTUAN DALAM IC 2026 : HANYA PENERIMA YANG BERSTATUS LAYAK SAHAJA AKAN DIBAYAR
APA ITU SYUKUR SABAH?
SYUKUR Sabah (Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah) adalah merupakan sebuah program bantuan yang diagihkan secara tunai berperingkat melalui empat (4) fasa yang disasarkan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri Sabah.
TUJUAN AGIHAN SYUKUR SABAH
Agihan Bantuan SYUKUR Sabah dilaksanakan adalah bertujuan untuk :
- Meringankan bebanan kewangan penerima untuk memenuhi keperluan asas harian seperti makanan.
- Menyokong golongan yang memerlukan untuk kehidupan lebih wajar.
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Sabah.
- Sebagai tanda keprihatinan dan kasih Kerajaan terhadap rakyat Sabah.
JUMLAH BANTUAN SYUKUR SABAH 2026
Peruntukan sebanyak RM339.16 juta akan diagihkan kepada seramai 140,000 ribu penerima yang layak dengan jumlah yang ditetapkan bagi setiap penerima sebanyak berikut :
| JUMLAH BAYARAN (SEBULAN) | SETIAP FASA | JUMLAH BAYARAN (SETAHUN) |
|---|---|---|
| RM200 / sebulan | RM600 / setiap fasa | RM2,400 / setahun |
MEDIUM BAYARAN SYUKUR SABAH
Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah melalui dua (2) medium yang ditetapkan mengikut jenis penerima :
| JENIS PENERIMA | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Mempunyai akaun bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank |
| Tiada akses akaun bank | Dibayar secara tunai di bank / pusat agihan yang sesuai |
JADUAL BAYARAN SYUKUR SABAH 2026
Pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah bakal dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa yang dijadualkan seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 (Januari – Mac) | Februari – Mac 2026 |
| Fasa 2 (April – Jun) | Mei – Jun 2026 |
| Fasa 3 (Julai – September) | Ogos – September 2026 |
| Fasa 4 (Oktober – Disember) | November – Disember 2026 |
*Nota Bayaran :
- Penerima bagi Fasa 1 dan Fasa 2 adalah golongan Miskin dan Miskin Tegar yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih dan PADANS setakat 14 Januari 2026.
- Permohonan yang diterima pada 15 Januari 2026 hingga 31 Jun 2026 akan menerima bayaran Fasa 3 dan Fasa 4.
- Perubahan tarikh bayara adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.
SYARAT KELAYAKAN SYUKUR SABAH
Hanya mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan sahaja akan dipilih layak menerima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Status Kad Pengenalan | Status ‘H’ |
| Alamat & Mastautin | Beralamat dan Bermastautin di negeri Sabah lebih satu (1) tahun |
| Had Umur | 18 tahun dan ke atas |
| Kategori Penerima | Ketua Isi Rumah (KIR) |
| Kadar Pendapatan | Pendapatan bawah garis kemiskinan dan tersenarai dalam pangkalan data eKasih dan PADANS |
- Syarat Tambahan :
- Bukti kediaman seperti bil utiliti, penyata bank atau surat pengesahan ketua kampung untuk pengesahn alamat / mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
- Penerima bukan pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga.
*NOTA : Kelayakan ditentukan berdasarkan data rasmi dalam sistem eKasih dan PADANS. Pemohon perlu memastikan sentiasa kemaskini maklumat pendapatan dan isi rumah.
- Garis Pendapatan Kemiskinan Semasa :
| KATEGORI | PENDAPATAN ISI RUMAH (SEBULAN) | PENDAPATAN PER KAPITA (SEBULAN) |
|---|---|---|
| MISKIN | RM2,843 | RM720 |
| MISKIN TEGAR | RM1,257 | RM310 |
CHECK KELAYAKAN SYUKUR SABAH
Rakyat Sabah yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima SYUKUR Sabah, anda boleh check melalui dua (2) portal rasmi yang disediakan seperti berikut :
- Portal Rasmi SYUKUR Sabah : https://syukur.sabah.gov.my/.
- Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/.
- Pilih antara portal rasmi SYUKUR Sabah atau PADANS Sabah di atas.
- Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
- Klik pada butang [Teruskan].
- Masukkan Nombor MyKad anda / pemohon pada ruang tersebut.
- *pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Klik pada butang [Semak].
- Status kelayakan permohonan SYUKUR Sabah akan dipaparkan.
- Selesai.
*Bagi yang belum memohon Bantuan SYUKUR Sabah, boleh kemukakan permohonan secara online melalui Portal Rasmi di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, sila rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel rasmi sepeti di bawah :
- Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/.