CHECK KELAYAKAN MYKASIH 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN SARA RAHMAH
Status kelayakan penerima MyKasih 2026 boleh di semak secara online di Portal Rasmi MyKasih untuk mengetahui sama ada anda layak atau tidak untuk terus menerima pengkreditan bantuan secara bulanan untuk sesi 2026.
Bagaimanakah check kelayakan mykasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN IC 2400 2026 : SEMAK KELAYAKAN ANDA & DAFTAR SEGERA UNTUK PENERIMA BULAN 1
APA ITU MYKASIH?
Bantuan MyKasih atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan kerjasama kerajaan bersama MyKasih Foundation sebagai salah satu inisiatif bantuan secara tanpa tunai untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) melalui bantuan barangan asas.
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2026
Syarat Kelayakan MyKasih (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
KADAR KELAYAKAN BULANAN MYKASIH 2026
Amaun Bulanan MyKasih (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERDAFTAR EKASIH (STR & EKASIH) | BUKAN EKASIH (STR SAHAJA) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan (Januari – Disember) | RM100 Sebulan (Januari – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan (Januari – Disember) | RM50 Sebulan (Januari – Disember) |
| Bujang | RM100 Sebulan (Januari – Disember) | RM50 Sebulan (Januari – Disember) |
MANFAAT MYKASIH 2026
Pelaksanaan Program MyKasih membolehkan penerima yang layak untuk :
- Menerima pengkreditan secara bulanan melalui MyKad (Kad Pengenalan);
- Boleh dibelanjakan untuk mendapatkan kategori barangan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar.
CHECK KELAYAKAN MYKASIH 2026
Status Kelayakan MyKasih (SARA) boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Semakan Status Kelayakan di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Semakan Status Kelayakan di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]