CHECK KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2025 : SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK (RM2100 & RM900 & RM600)

CHECK KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2025 : SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK (RM2100 & RM900 & RM600)

Sebulan sekali, Kerajaan akan mengkreditkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) 5.4 juta penerima yang merupakan rakyat dewasa di Malaysia yang layak terpilih.

Bagaimanakah check kelayakan Bantuan MyKad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : EWALLET MADANI DALAM KAD : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

MANFAAT BANTUAN MYKAD 2025

Antara manfaat yang diperoleh daripada Bantuan MyKad adalah :

  • Bantuan dikreditkan secara automatik setiap bulan dalam MyKad penerima.
  • Penerima boleh menggunakannya untuk pembayaran tanpa tunai (cashless).
  • Selamat digunakan kerana mempunyai 6-digit nombor pin yang hanya diketahui oleh pemegang MyKad.
  • Pembelian barangan keperluan mudah dengan Bantuan MyKad.
  • Boleh digunakan di lebih 1,200 kedai dan pasaraya seluruh Malaysia.
  • Baki bantuan yang ada dalam MyKad akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama bulan semasa.
  • Sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.

JUMLAH BANTUAN MYKAD DIKREDITKAN 2025

Berikut merupakan jumlah Bantuan MyKad yang dikreditkan sepanjang tahun 2025 mengikut kelayakan penerima:

JUMLAH BANTUAN MYKAD
PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR
(RM)
JUMLAH BANTUAN MYKAD
PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN
(RM)
Isi Rumah : 2,100Isi Rumah : 900
Warga Emas : 1,650Warga Emas : 450
Bujang : 600Bujang : –

JADUAL KREDIT BANTUAN MYKAD 2025

Pengkreditan Bantuan MyKad adalah pada setiap bulan mengikut jadual berikut :

TARIKH
PENGKREDITAN
PENERIMAAN
MISKIN & MISKIN TEGAR
(RM)
PENERIMAAN
ASAS BUKAN MISKIN
(RM)
Sesi 1 :
15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
Isi Rumah : 100/sebulan
Warga Emas : 100/sebulan
Bujang : 50/sebulan
Sesi 2 :
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
Isi Rumah : 200/sebulan
Warga Emas : 150/sebulan
Bujang : 50/sebulan
Isi Rumah : 100/sebulan
Warga Emas : 50/sebulan
Bujang : –

CHECK KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2025

Ketahui kelayakan anda menerima Bantuan MyKad melalui semakan berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment