CARA CHECK DUIT DALAM MYKAD : PANDUAN LENGKAP CEK BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM100
Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah dilakukan melalui penggunaan Mykad (kad pengenalan berasaskan cip yang dikeluarkan kepada semua rakyat Malaysia) atau kad pintar, yang membolehkan bantuan diagihkan dengan cara yang cekap, telus dan selamat, tanpa sebarang ketirisan.
Bagaimanakah cara check duit bantuan Sumbangan Asas Rahmah dalam MyKad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CEK KELAYAKAN SARA : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
CARA CHECK DUIT DALAM MYKAD
Ikuti panduan lengkap cara cek duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah RM100 dalam MyKad seperti berikut :
- Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
- Muat turun aplikasi ‘MyKasih‘ dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Pilih [Penghargaan SARA One-Off] atau [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
- Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
- Kemudian, klik butang [CONTINUE].
- Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status duit dalam IC.
- Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
- Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH DUIT DALAM MYKAD
Setiap individu yang layak akan menerima jumlah duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang sama dalam MyKad, iaitu sebanyak RM100 setiap seorang dan bagi isi rumah pula akan menerima RM200 iaitu suami RM100 dan isteri RM100.
TARIKH KREDIT DUIT DALAM MYKAD
Pengkreditan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 dalam MyKad 22 juta rakyat telah dilaksanakan secara serentak pada 31 Ogos 2025 (Ahad) bersempena Hari Kebangsaan yang ke 68 tahun ini.
CARA GUNA DUIT DALAM MYKAD
Hanya penerima yang disahkan ‘Layak’ boleh menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad seperti berikut :
- Pergi ke kedai atau pasar raya yang berdaftar dengan SARA.
- Pilih barang keperluan asas yang diperlukan (mempunyai label SARA MyKasih).
- Pergi ke kaunter yang menerima bayaran menggunakan SARA MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan yang dipilih.
- Bayaran akan disahkan dengan menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan.
SENARAI KEDAI BOLEH GUNA DUIT DALAM MYKAD
Penerima yang disahkan layak boleh menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah Dalam MyKad di mana-mana 7,300 rakan runcit di seluruh negara termasuk :
- Mydin.
- Giant.
- Econsave.
- The Store.
- Pacific.
- Milimewa.
- 99 Speedmart.
- Lotus Stores (Tesco).
- Lulu Supermarket.
*Serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN DALAM MYKAD
Berikut merupakan soalan-soalan lazim berkaitan Bantuan SARA Dalam MyKad :
- Siapakah layak terima Bantuan SARA Dalam MyKad?
- 22 juta pemegang MyKad Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
- Adakah perlu memohon Bantuan SARA Dalam MyKad?
- Tidak perlu kemukakan sebarang permohonan kerana ianya diberikan secara automatik kepada yang layak.
- Bolehkan keluarkan Bantuan SARA secara tunai dari MyKad?
- Tidak boleh. Penerima hanya boleh menggunakannya untuk beli barang keperluan asas secara tanpa tunai guna MyKad.
- Bolehkah wakilkan ahli keluarga untuk guna Bantuan SARA Dalam MyKad?
- Boleh sekiranya penerima membenarkan ahli keluarga membuat pembelian menggunakan MyKad.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (MyKasih). Untuk mengetahui maklumat lanjut atau anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah, rujuk pihak berwajib di :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]