CARA CHECK DUIT DALAM IC : PANDUAN LENGKAP SEMAK BANTUAN MASUK

CARA CHECK DUIT DALAM IC : PANDUAN LENGKAP SEMAK BANTUAN MASUK

Duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dimasukkan secara tanpa tunai (cashless) menerusi IC (Kad Pengenalan) yang khusus digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di lebih 7,300 kedai serta pasar raya yang berdaftar seluruh Malaysia.

Bagaimanakah cara check duit Dalam IC? Ikuti panduan dan info lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAK PENGHARGAAN SARA RM100 – SEMAKAN STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK

TARIKH DUIT MASUK DALAM IC

Tarikh terbaru Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dimasukkan dalam IC adalah pada :

TARIKH DUIT MASUK
DALAM IC
BILANGAN PENERIMA
31 Ogos 2025 (Ahad)22 juta rakyat Malaysia
(termasuk penerima sedia ada)
01 September 2025 (Isnin)0.5 juta penerima sedia ada

JUMLAH DUIT MASUK DALAM IC

Berikut merupakan jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dimasukkan dalam IC penerima pada 31 Ogos dan 01 September 2025 :

  • Bayaran Masuk Pada 31 Ogos 2025 Kepada 22 Juta Penerima One-off :
KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH DUIT MASUK IC
(SEMUA RAKYAT)
Isi RumahRM100 (suami)
RM100 (isteri)
Warga EmasRM100
BujangRM100
  • Bayaran Masuk Pada 01 September 2025 Kepada 5.4 Juta Penerima Setiap Bulan :
KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH DUIT MASUK IC
(PENERIMA MISKIN)
JUMLAH DUIT MASUK IC
(PENERIMA ASAS)
Isi RumahRM200RM100
Warga EmasRM150RM50
BujangRM50

CARA CHECK DUIT DALAM IC

Untuk mengetahui duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah dimasukkan atau belum dalam IC anda, ikuti panduan lengkap cara check seperti berikut :

  1. Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
  2. Muat turun aplikasi ‘MyKasih‘ dalam telefon bimbit anda.
  3. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  4. Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  5. Pilih [Penghargaan SARA One-Off] atau [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  6. Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
  7. Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
  8. Kemudian, klik butang [CONTINUE].
  9. Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status duit dalam IC.
  10. Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
  11. Masukkan nombor IC pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
  12. Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
  13. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Dalam IC akan dipaparkan.
  14. Selesai.

SENARAI BARANG BOLEH BELI GUNA DUIT DALAM IC

Terdapat lebih 100,00 jenama barangan keperluan asas yang boleh dibeli dengan menggunakan duit Bantuan Dalam IC. Berikut merupakan kategori barangan keperluan asas yang boleh dibeli :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman.
  • Makanan dalam tin.
  • Bahan perasa.
  • Produk kebersihan.
  • Ubat-ubatan.
  • Barangan persekolahan.

SENARAI KEDAI TERIMA BAYARAN GUNA IC

Lebih 7,300 kedai serta pasar raya yang menerima bayaran menggunakan Bantuan Dalam IC, antaranya :

  • Mydin.
  • Giant.
  • Econsave.
  • The Store.
  • Pacific.
  • Milimewa.
  • 99 Speedmart.
  • Lotus Stores (Tesco).
  • Lulu Supermarket.
  • Serta banyak lagi pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.

CARA BELI BARANG GUNA DUIT DALAM IC

Berikut merupakan panduan cara beli barang dengan menggunakan duit Bantuan Dalam IC :

  1. Kunjungi kedai atau pasar raya yang terpilih berhampiran anda.
  2. Pilih barang keperluan yang anda perlukan.
  3. Pergi ke kaunter yang menerima bayaran SARA MyKasih.
  4. Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan Dalam IC.
  5. Imbasan setiap barang yang dipilih akan dilakukan oleh juruwang.
  6. Bayaran akan ditolak menggunakan IC anda.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN DALAM IC

Antara soalan-soalan lazim yang sering ditanya berkaitan Bantuan Dalam IC adalah seperti berikut :

  1. Bagaimanakah cara mohon Bantuan Dalam IC?
    • Bantuan SARA akan dikreditkan dalam IC rakyat yang layak secara automatik tanpa perlu mengemukakan sebarang permohonan.
  2. Bila boleh beli barang keperluan guna Bantuan Dalam IC?
    • Bila-bila masa sahaja sebelum tamat tempoh pada 31 Disember 2025.
  3. Adakah Bantuan Dalam IC boleh dikeluarkan secara tunai?
    • Tidak boleh. Ianya hanya boleh digunakan untuk pembelian secara tanpa tunai (cashless) sahaja.
  4. Bolehkah Bantuan Dalam IC digunakan untuk pembelian selain barang keperluan asas?
    • Ianya hanya boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas mengikut kategori yang diluluskan sahaja.

RUJUKAN

Kesemua maklumat yang dikongsikan di atas adalah sahih yang dirujuk daripada Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (MyKasih). Namun, sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Leave a Comment