CHECK BANTUAN SABAH RM300 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

CHECK BANTUAN SABAH RM300 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Terkini! Kerajaan Negeri Sabah akan melaksanakan bantuan bulanan sebanyak RM300 secara berperingkat mulai Februari 2025, yang akan memanfaatkan lebih 100,000 penerima daripada kategori miskin dan miskin tegar bagi fasa pertama.

Bagaimanakah check bantuan sabah rm300 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN 300 SABAH 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

APA ITU BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Menerusi Belanjawan Sabah 2025 yang dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Kerajaan Sabah telah mengumumkan bantuan Khas untuk Rakyat Sabah iaitu Program Sentuhan Kasih Rakyat melibatkan peruntukan RM358.5 juta.

Tujuan Bantuan ini adalah untuk membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup dan mengurangkan beban kewangan yang dihadapi Rakyat Sabah yang terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar.

Bantuan akan diagihkan secara bulanan sebanyak RM300 untuk tempoh setahun kepada ketua isi rumah termasuk ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang berstatus miskin dan miskin tegar.

SYARAT LULUS BANTUAN RM300 SABAH 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warga Malaysia (Rakyat Sabah);
  • Menetap di Negeri Sabah;
  • Kategori Miskin dan Miskin Tegar; DAN
  • Ketua isi rumah termasuk ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas.

TARIKH PENYALURAN DUIT RM300 BANTUAN SABAH

Pembayaran Bantuan Sabah seperti berikut:

BANTUANTARIKH PEMBAYARAN
Program Sentuhan Kasih Rakyat SabahPembayaran akan dilakukan secara berfasa/berperingkat dan dalam bentuk pakej bermula Februari 2025

*Nota: Tarikh rasmi bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah.

JUMLAH BANTUAN SABAH

Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi Rumah Berstatus Miskin dan Miskin Tegar
(Ketua Keluarga termasuk Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas)
RM300
(Sebulan)

*Bayaran akan diberikan selama tempoh setahun (12 bulan)

CHECK STATUS BANTUAN RM300 SABAH

Semakan status dan cara penagihan bantuan belum dimaklumkan. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan Sabah.

RUJUKAN

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:

  • https://sabah.gov.my/

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/

10 thoughts on “CHECK BANTUAN SABAH RM300 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA”

    • Mashaa ALLAH. Terbaik CM Sabah. CM@kerajaan sabah Tidak pernah Berjanji untuk melaksanakan Bantuan Ini tetapi, kemampuam dlm melaksanakan sangat luar biasa. Terima kasih Kerajaan madani, kerajaan sabah,. #sabahmajujaya

      Reply
  1. MCM mna Cara pohon 300 tu bantuaan sentuhan kasih Rakyat blm lagi dpt terima borang MCM mna tiada online ke Saya b40 ketua ISI rumah…tolonglah kalu ADA permohonan online terima kasih

    Reply
  2. Saya orang tempatan dusun Sabah ibu tungal, asal kota Belud, mau tanya ba, adakah nama saya tersenarai dalam bantuan rm300 ni. Sebab saya pun orang kampung kais pagi makan petang, tiada bergaji sepanjang masa. Harapan saya, biar pun tiada e-Kasih, saya harap saya juga layak menerima bantuan rm300 ni. Bolehlah saya menampung anak² makan, untuk dapat beli beras tiap² bulan.

    Reply
  3. Saya bedaftar dengan Ekasih Dan layak Sara Tahun lalu..
    Tapi Tahun Ini sy cuma Dapat Sara kategori str bukan ekasih dimana akan disalurkan mulai April..
    Adalah saya layak untuk bantuan Sabah ini.. setakat ini Belum Ada kemasukan.. Dan sy msh bedaftar ekasih

    Reply

Leave a Comment