CHECK BANTUAN KASIH JOHOR : FASA 3 2026 STATUS KELAYAKAN & BAYARAN
Bantuan Tunai Kasih Johor Fasa 3 2026 secara one-off kepada pekerja ekonomi Gig diteruskan akan dilaksanakan dalam masa terdekat, individu yang layak dikehendaki menyemak pegemaskinian tarikh dari semasa ke semasa.
Bagaimanakah check bantuan kasih johor? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: DUIT MYKASIH BULAN 3 2026 BILA BAYAR : SEMAK STATUS PEMBAYARAN JIKA LAYAK
BANTUAN KASIH JOHOR 2026 FASA 3
Bantuan Kasih Johor ialah Bantuan tunai secara one-off kepada Pemandu E-Hailing, P-Hailing Kereta Sewa dan Teksi yang layak seperti yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar Johor menerusi Belanjawan Johor 2026.
OBJEKTIF BANTUAN KASIH JOHOR FASA 3
Tujuan utama pelaksanaan Bantuan Kasih Johor adalah untuk :
- Meringankan beban kos sara hidup golongan sasar yang terkesan dengan peningkatan harga barang serta ekonomi yang tidak menentu.
- Sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Johor terhadap kebajikan barisan hadapan ekonomi gig dan sektor pengangkutan awam di Negeri Johor.
TARIKH & AMAUN BAYARAN BANTUAN KASIH JOHOR FASA 3
Pelaksanaan Bantuan Kasih Johor Fasa 3 adalah seperti berikut :
| Nama Program | Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 3 |
| Kadar Bantuan | RM200 (one-off) |
| Tarikh Bayaran | Antara Februari – Mac 2026, dan akan dikemas kini dari semasa. |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KASIH JOHOR 2026
Penerima BKJ 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :
- Anak Kelahiran Negeri Johor; atau
- Bermastautin di Johor;
- Mempunyai lesen memandu dan permit/kad pendaftaran yang sah daripada agensi yang menyediakan perkhidmatan seperti :
- Pemandu e-Hailing;
- p-Hailing;
- Pemandu Kereta Sewa/Teksi.
- Berdaftar dalam pangkalan data yang disahkan oleh pihak berkuasa atau syarikat operator masing-masing.
PERMOHONAN BANTUAN KASIH JOHOR
Kelayakan penerima untuk Pemandu E-Hailing, P-Hailing & Pemandu Teksi Fasa 3 bagi tahun 2026 adalah secara automatik berdasarkan pangkalan data sedia ada sebelum ini, dan tiada permohonan baharu dibuka.
Jika anda adalah pemandu atau penghantar yang aktif dan maklumat anda sudah dikemaskini dengan syarikat operator masing-masing, nama anda secara automatik akan masuk ke dalam sistem semakan BKJ.
CHECK STATUS KELAYAKAN
Status kelayakan penerima Bantuan Kasih Johor, Fasa 3 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Bantuan Kasih Johor Fasa 3 di : https://bkj.paj.com.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Masukkan Nombor MyKad anda yang diisi tanpa (-) di ruangan yang telah disediakan.
- Seterusnya, tekan butang (Semak Status).
- Sekiranya berjaya, anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- “Sukacita memaklumkan bahawa anda berjaya menerima Bantuan Tunai One-Off RM 200 Pemandu E-Hailing, P-Hailing & Pemandu Teksi Fasa 3.”
- Tarikh dan Lokasi agihan mengikut kawasan DUN masing-masing juga akan dipaparkan.
- Cetak dan simpan salinan maklumat sebagai rujukan semasa pengambilan bantuan di DUN.
- Selesai.
CARA BAYARAN BANTUAN KASIH JOHOR
Bantuan Kasih Johor Fasa 3, RM200 ONE-OFF akan disalurkan dengan kaedah seperti berikut :
| KAEDAH PEMBAYARAN | MEDIUM PEMBAYARAN |
|---|---|
| Pengkreditan Terus/Tunai | Pengkreditan ke Dalam Akaun Bank |
| Agihan Mengikut DUN | Pemberian tunai/fizikal mengikut kawasan DUN masing-masing |
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kasih Johor 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan Pengangkutan Awam Johor : 07-5225400
- Portal Rasmi Pengangkutan Awam Johor : https://semakan.paj.com.my/
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.johor.gov.my/bantuan-kasih-bangsa-johor