CEK WANG BANTUAN DALAM MYKAD 2026 : AKAN TERIMA BAYARAN JIKA LAYAK SEBANYAK RM200 ATAU RM100 SECARA BULANAN

CEK WANG BANTUAN DALAM MYKAD 2026 : AKAN TERIMA BAYARAN JIKA LAYAK SEBANYAK RM200 ATAU RM100 SECARA BULANAN

Peruntukan sehingga RM15 billion adalah untuk disalurkan kepada rakyat-rakyat dewasa yang berkelayakan melalui pengkreditan Bantuan Dalam MyKad secara bulanan bertujuan untuk memenuhi keperluan asas harian rakyat.

Bagaimanakah cara cek wang Bantuan Dalam MyKad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : JUMLAH BANTUAN AWAL RAMADHAN 2026 AKAN DIBAYAR : CHECK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PENERIMA YANG LAYAK

SYARAT LAYAK TERIMA WANG BANTUAN DALAM MYKAD 2026

Bukan semua rakyat layak menerima wang Bantuan Dalam MyKad, namun ianya diberikan khusus kepada rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN
MISKIN TEGAR
KELAYAKAN
BUKAN MISKIN
Warga
negara
MalaysiaMalaysia
Kategori
Penerima
-Isi Rumah
-Warga Emas
-Bujang
-Isi Rumah
-Warga Emas
-Bujang
Kadar
Pendapatan
Bawah Garis
Kemiskinan
dan tersenarai dalam
rekod data e-Kasih
Bawah RM2,500
atau
Tidak lebih
RM5,000 sebulan
Status
Permohonan
STR
Lulus ✅Lulus ✅

NILAI KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD 2026

Setiap kategori akan terima Bantuan Dalam MyKad dengan nilai yang berbeza seperti berikut :

KATEGORI PENERIMANILAI KREDIT
BANTUAN DALAM MYKAD
Isi Rumah Miskin TegarRM200 setiap bulan
Isi Rumah Bukan MiskinRM100 setiap bulan
Warga Emas Miskin TegarRM150 setiap bulan
Warga Emas Bukan MiskinRM50 setiap bulan
Bujang Miskin TegarRM100 setiap bulan
Bujang Bukan MiskinRM50 setiap bulan

FUNGSI WANG BANTUAN DALAM MYKAD 2026

Wang Bantuan Dalam MyKad yang dikreditkan tidak boleh dikeluarkan secara tunai, namun ianya berfungsi untuk pembelian barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).

Antara barang keperluan asas yang boleh dibeli adalah :

  • Barang dapur asas :
    • Beras, telur, minyak masak, pelbagai jenis tepung, sardin, sos cili, kicap, gula, garam, dan lain-lain.
  • Makanan sejuk beku :
    • Daging burger, nuget, bebola daging, kentang jejari dan lain-lain.
  • Makanan ringan :
    • Mi segera, roti, biskut, bijirin dan lain-lain.
  • Minuman :
    • Susu tepung, susu tin (pekat / cair), teh, coklat / Milo, kopi dan lain-lain.
  • Keperluan bayi :
    • Susu tepung (jenama terpilih), lampin pakai buang, sabun mandian dan lain-lain.
  • Produk penjagaan diri :
    • Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, syampu, tuala wanita dan lain-lain.
  • Produk kebersihan rumah :
    • Sabun pencuci lantai, sabun pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan lain-lain.
  • Ubat-ubatan :
    • Panadol, ubat batuk dan lain-lain yang diluluskan oleh KKM.
  • Barang sekolah :
    • Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan lain-lain.

JADUAL KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD 2026

Berikut merupakan jadual kredit Bantuan Dalam MyKad penerima yang layak bagi setiap kategori :

TARIKH KREDIT
(ISI RUMAH &
WARGA EMAS)
TARIKH KREDIT
(INDIVIDU
BUJANG SAHAJA)
09 Januari 202616 Januari 2026
01 Februari 202601 Februari 2026
01 Mac 202601 Mac 2026
01 April 202601 April 2026
01 Mei 202601 Mei 2026
01 Jun 202601 Jun 2026
01 Julai 202601 Julai 2026
01 Ogos 202601 Ogos 2026
01 September 202601 September 2026
01 Oktober 202601 Oktober 2026
01 November 202601 November 2026
01 Disember 202601 Disember 2026

PLATFORM CEK WANG BANTUAN DALAM MYKAD 2026

Kerajaan telah menyediakan dua (2) platform mudah alih yang boleh diakses secara percuma untuk cek status kelayakan dan status bayaran wang Bantuan Dalam MyKad :

PLATFORMPAUTAN RASMI
Portal Rasmi MyKasihhttps://mykasih.com.my/
Aplikasi MyKasihhttps://mykasih.com.my/mykasih-app/

    PANDUAN CEK WANG BANTUAN DALAM MYKAD

    Ikuti panduan lengkap cara cek wang Bantuan Dalam MyKad di bawah :

    • Cara Cek Melalui Portal Rasmi MyKasih :
      1. Sila pergi ke pautan Portal Rasmi MyKasih.
      2. Anda akan dibawa ke halaman utama MyKasih.
      3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
      4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
      5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
      6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
      7. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
      8. Selesai.
    • Cara Cek Melalui Aplikasi MyKasih :
      1. Sila muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
      2. Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
      3. Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
        • [SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
        • [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
      4. Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100 One-off].
      5. Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
      6. Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
      7. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
      8. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
      9. Klik pada butang [Semakan Status].
      10. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
      11. Selesai.

    RUJUKAN LANJUT

    Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

    PENAFIAN

    Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

    Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
    Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami tidak pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

    Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
    Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

    Leave a Comment