CEK SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN & BAYARAN
Bayaran tambahan Sumbangan Asas Rahmah diberikan secara One-Off iaitu sekaligus sebagai penghargaan kepada seramai lebih 22 juta rakyat Malaysia tanpa mengira pendapatan (B40 / M40 / T20).
Setiap penerima yang layak akan terima bayaran melalui Kad Pengenalan (MyKad) dan boleh digunakan untuk beli barang keperluan di lebih 10,000 kedai runcit / pasar mini / pasar raya terpilih seluruh Malaysia.
Bagaimanakah cek status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah One Off? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN MRSM : (SESI 2026) CHECK RESULT ONLINE
TARIKH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2026
Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah secara One-Off dilakukan mengikut tarikh yang tertera di bawah :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah | 09 Februari 2026 (Isnin) |
| Bujang | 09 Februari 2026 (Isnin) |
JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2026
Semua penerima dari pelbagai kategori akan terima bayaran Sumbangan Asas Rahmah secara One-Off dengan jumlah sebanyak berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah B40 & M40 | RM100 (suami) dan RM100 (isteri) |
| Isi Rumah T20 | RM100 (suami) dan RM100 (isteri) |
- Kategori Bujang :
| KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | RM100 (individu) |
| Bujang Umur 60 tahun & ke atas | RM100 (individu) |
SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAN ONE OFF 2026
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang diletakan untuk menerima Sumbangan Asas Rahmah secara One-Off :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 18 tahun dan ke atas |
| Status Perkahwinan | Bujang atau Berkahwin |
| Kadar Pendapatan | Tiada had pendapatan (terbuka kepada semua) |
CEK STATUS KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2026
Rujuk panduan lengkap cara cek / semak status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Asas Rahmah One-Off seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi Sumbangan Asas Rahmah.
- Anda akan dibawa ke halaman utama Sumbangan Asas Rahmah.
- Untuk semakan, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang tersebut.
- *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 900431112345.
- *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Sahkan verifikasi dengan klik kotak [/] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
*Contoh paparan status penerima yang layak :
| Nama Program | SARA One-Off 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/02/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan Sumbangan Asas Rahmah, sila buat rujukan melalui pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.sara.gov.my/.