CEK STATUS SARA MYKASIH : CHECK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

CEK STATUS SARA MYKASIH : CHECK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Sebagai sebuah bantuan tambahan bersasar, Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dibayar kepada rakyat yang kurang berkemampuan dan memerlukan secara ansur berperingkat setiap bulan bermula Januari sehingga Disember.

Bagaimanakah cek status SARA MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

JUMLAH BAYARAN SARA MYKASIH

Jumlah Bantuan SARA MyKasih yang dibayar adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar : RM100/RM200 sebulan sehingga RM2,100.
    • Isi Rumah Asas Bukan Miskin : RM100 sebulan sehingga RM900.
  • Kategori Bujang :
    • Bujang Miskin & Miskin Tegar : RM50 sebulan sehingga RM600.
  • Kategori Warga Emas :
    • Warga Emas Miskin & Miskin Tegar : RM100/RM150 sebulan sehingga RM1,650.
    • Warga Emas Asas Bukan Miskin : RM50 sebulan sehingga RM450.

TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH

Bantuan SARA MyKasih dibayar setiap bulan pada tarikh berikut :

  • 15/01/2025 (Rabu)
  • 01/02/2025 (Sabtu)
  • 01/03/2025 (Sabtu)
  • 01/04/2025 (Selasa)
  • 01/05/2025 (Khamis)
  • 01/06/2025 (Ahad)
  • 01/07/2025 (Selasa)
  • 01/08/2025 (Jumaat)
  • 01/09/2025 (Isnin)
  • 01/10/2025 (Rabu)
  • 01/11/2025 (Sabtu)
  • 01/12/2025 (Isnin)

MEDIUM BAYARAN SARA MYKASIH

Pembayaran Bantuan SARA MyKasih adalah melalui medium berikut :

  • Dibayar secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (MyKad) penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas.

CEK STATUS SARA MYKASIH

Ketahui status kelayakan penerima Bantuan SARA MyKasih melalui semakan berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

CEK BAYARAN SARA MYKASIH

Bayaran Bantuan SARA MyKasih boleh dicek seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment