CEK STATUS MYKASIH 2026 LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BANTUAN

CEK STATUS MYKASIH 2026 LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BANTUAN

Berdasarkan rekod perbelanjaan menggunakan Bantuan MyKasih, masih ramai antara penerima yang tidak mengetahui status bahawa mereka layak menerima dan menggunakan Bantuan MyKasih dalam kad pengenalan untuk membeli barang keperluan asas setiap bulan.

Bagaimanakah cek status MyKasih 2026? Ikuti panduan dan baca info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : LOGIN SYUKUR SABAH 2026 : SEMAKAN STATUS FASA 2

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2026

Hanya penerima yang berjaya lulus dalam permohonan Sumbangan Tunai Rahmah serta memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan sahaja akan secara automatik layak menerima Bantuan MyKasih :

  • Kategori Isi Rumah :
SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Had UmurTiada had
Status
Perkahwinan
Berkahwin (ada / tiada anak)

atau

Balu / Duda / Janda (ada anak)
Kadar
Pendapatan
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
yang berdaftar dalam data e-Kasih

atau

Pendapatan RM2,500 hingga
RM5,000 sebulan
  • Kategori Warga Emas :
SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Had Umur60 tahun dan ke atas
Status
Perkahwinan
Bujang

atau

Balu / Duda / Janda
(tiada tanggungan)
Kadar
Pendapatan
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
yang berdaftar dalam data e-Kasih

atau

Pendapatan RM2,500 hingga
RM5,000 sebulan
  • Kategori Bujang :
SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Had Umur21 hingga 59 tahun
Status
Perkahwinan
Belum berkahwin

atau

Balu / Duda / Janda (tiada anak)
Kadar
Pendapatan
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
yang berdaftar dalam data e-Kasih

atau

Pendapatan sehingga RM2,500

AMAUN BANTUAN MYKASIH YANG DAPAT

Tentunya amaun Bantuan MyKasih yang akan dapat adalah bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima yang terbahagi kepada dua (2) kumpulan, iaitu penerima yang berdaftar e-Kasih dan penerima yang bukan e-Kasih seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
PENERIMA
DAFTAR E-KASIH
PENERIMA
BUKAN E-KASIH
Isi RumahRM200 sebulan
hingga
RM2,400 setahun
RM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
Warga EmasRM150 sebulan
hingga
RM1,800 setahun
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun
BujangRM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun

CEK STATUS MYKASIH 2026

Kepada individu yang ingin mengetahui status layak atau tidak dapat Bantuan SARA MyKasih, rujuk panduan lengkap cara cek status di Portal Rasmi MyKasih di bawah :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
  5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima Bantuan SARA MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

TARIKH DAPAT BANTUAN MYKASIH 2026

Walaupun Bantuan MyKasih diterima dengan amaun yang berlainan, namun setiap kategori penerima akan dapat bayaran Bantuan MyKasih pada tarikh yang sama sahaja setiap bulan seperti berikut :

  • 🗓️ 9 – 16 Januari 2026.
  • 🗓️ 1 Februari 2026.
  • 🗓️ 1 Mac 2026.
  • 🗓️ 1 April 2026.
  • 🗓️ 1 Mei 2026.
  • 🗓️ 1 Jun 2026.
  • 🗓️ 1 Julai 2026.
  • 🗓️ 1 Ogos 2026.
  • 🗓️ 1 September 2026.
  • 🗓️ 1 Oktober 2026.
  • 🗓️ 1 November 2026.
  • 🗓️ 1 Disember 2026.

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/.

Leave a Comment