CEK MYKASIH ONLINE 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Bermula pada setiap 1 hari bulan, Bantuan MyKasih dikreditkan kepada semua 5.4 juta penerima dan daripada jumlah tersebut, 3.9 juta penerima telah menggunakannya untuk membeli barangan keperluan asas.
Bagaimanakah cek MyKasih online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CEK BANTUAN MYKAD : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK (RM900 & RM2100 & RM600)
KEGUNAAN MYKASIH 2025
Bantuan MyKasih yang dikreditkan ke dalam kad pengenalan penerima adalah khas untuk digunakan oleh penerima bagi membeli barangan keperluan asas pada setiap bulan di mana-mana kedai atau pasaraya yang terpilih seluruh Malaysia.
SENARAI BARANGAN MYKASIH 2025
Berikut merupakan senarai barangan yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan MyKasih :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
HAD PEMBELIAN MYKASIH 2025
Had pembelian barangan keperluan asas dengan Bantuan MyKasih adalah sebanyak berikut :
KATEGORI PENERIMA | PENERIMA BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA BERSTATUS ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM100 – RM200 sebulan sehingga RM2,100 setahun | RM100 sebulan sehingga RM900 setahun |
WARGA EMAS | RM100 – RM150 sebulan sehingga RM1,650 setahun | RM50 sebulan sehingga RM450 setahun |
BUJANG | RM50 sebulan sehingga RM600 setahun | – |
CEK MYKASIH ONLINE 2025
Ikuti cara cek status kelayakan penerima MyKasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
CEK BAKI MYKASIH ONLINE 2025
Baki Bantuan MyKasih boleh dicek melalui aplikasi seperti berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.