CEK MYKASIH DALAM IC : (2025) CHECK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

CEK MYKASIH DALAM IC : (2025) CHECK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara tanpa tunai kini diperluas ke Sabah dan Sarawak, membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas di premis berdaftar tanpa perlu menggunakan wang tunai.

Bagaimanakah cek kelayakan mykasih dalam ic 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: MYKASIH 2025 ONLINE : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

APA ITU MYKASIH DALAM IC

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih merupakan bantuan secara tanpa tunai yang disalurkan melalui MyKad (IC) penerima khusus untuk penerima membeli barangan keperluan asas seperti makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan peralatan sekolah di pasar raya berdaftar berdekatan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad/IC).

SIAPAKAH PENERIMA MYKASIH DALAM IC 2025

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik melalui MyKad penerima jika memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

CHECK STATUS KELAYAKAN MYKASIH DALAM IC

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Semakan Di Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Semakan Di Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

KADAR BULANAN MYKASIH DALAM IC 2025

Amaun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan dalam MyKad bermula April – Disember 2025 seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAPENERIMA BERSTATUS EKASIHPENERIMA BUKAN EKASIH
Isi RumahRM200/bulanRM100/bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150/bulanRM50/bulan
BujangRM50/bulan

CARA GUNA DUIT MYKASIH DALAM IC

Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan (berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

CONTOH BARANG DILULUSKAN GUNA DUIT MYKASIH DALAM IC

Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad:

  • Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
  • Makanan : Biskut / Mee Segera
  • Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
  • Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
  • Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
  • Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
  • Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
  • Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
  • Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment