CEK DUIT BANTUAN DALAM MYKAD 2026 : HANYA YANG LULUS SAHAJA AKAN DIBAYAR
Duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah program MyKasih yang dikreditkan terus ke dalam MyKad / Kad Pengenalan penerima yang layak secara bulanan dan One-off boleh digunakan selama tempoh 11 bulan dan 12 bulan (sepanjang tahun 2026).
Bagaimanakah cara cek duit Bantuan Dalam MyKad? Ikuti panduan dan baca informasi lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK KELAYAKAN SYUKUR SABAH : FASA 1 2026
KEGUNAAN DUIT BANTUAN DALAM MYKAD
Penerima yang layak perlu mengetahui bawah duit Bantuan Dalam MyKad boleh digunakan untuk apa dan tidak boleh digunakan untuk apa seperti berikut :
✅ Perkara Boleh Guna Duit Bantuan Dalam MyKad :
- Boleh beli barang keperluan asas seperti beras, minyak masak, makanan sejuk beku, gula, garam, kicap, sos cili, roti, telur, tepung, mi segera, biskut, bijirin, makanan dalam tin, perasa minuman, lampin pakai buang, ubat gigi, sabun mandian, syampu, sabun pencuci lantai, pencuci pinggan, ubat-ubatan dan barang persekolahan atau mana-mana barang yang mempunyai label MyKad pada rak tanda harga.
- Pembelian mestilah disahkan dengan menggunakan MyKad penerima.
❌ Perkara Tidak Boleh Guna Duit Bantuan Dalam MyKad :
- Tidak boleh beli alatan elektrik, rokok, bahan tembakau, pakaian, pakaian dalam, pinggan, cawan, plastik sampah, dan lain-lain barang yang tidak mempunyai label MyKasih pada rak tanda harga serta tidak boleh menggunakannya untuk bayaran tol dan pengangkutan awam.
- Tidak boleh keluarkan duit dari dalam MyKad dan tidak boleh membuat sebarang pindahan kredit.
JUMLAH DUIT BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Berikut merupakan jumlah duit Bantuan Dalam MyKad yang dikreditkan mengikut kategori penerima bulanan dan one-off :
- Bayaran Duit Bantuan Dalam MyKad Secara Bulanan :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD |
|---|---|
| ISI RUMAH | Miskin Tegar : RM200 sebulan dan Bukan Miskin : RM100 sebulan |
| WARGA EMAS | Miskin Tegar : RM150 sebulan dan Bukan Miskin : RM50 sebulan |
| BUJANG | Miskin Tegar : RM100 sebulan dan Bukan Miskin : RM50 sebulan |
- Bayaran Duit Bantuan Dalam MyKad Secara One-Off :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD |
|---|---|
| ISI RUMAH | Semua : RM100 sekaligus |
| WARGA EMAS | Semua : RM100 sekaligus |
| BUJANG | Semua : RM100 sekaligus |
SYARAT LAYAK TERIMA DUIT BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima duit Bantuan Dalam MyKad secara bulanan dan one-off ditetapkan oleh Kerajaan :
- Kelayakan Penerima Duit Bantuan Dalam MyKad Secara Bulanan :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 18 tahun dan ke atas |
| Kategori Penerima | -Isi Rumah -Warga Emas -Bujang |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 atau Tidak lebih RM5,000 |
| Status Permohonan STR | Lulus ✅ |
- Kelayakan Penerima Duit Bantuan Dalam MyKad Secara One-Off :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 18 tahun dan ke atas |
| Kategori Penerima | -Isi Rumah -Warga Emas -Bujang |
| Kadar Pendapatan | Tiada had pendapatan |
| Status Permohonan STR | Lulus atau tidak |
CEK DUIT BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Bagi rakyat yang ingin mengetahui status bayaran duit Bantuan Dalam MyKad telah dikreditkan atau belum, sila ikuti cara cek status yang lengkap di bawah :
| LAMAN | LINK |
|---|---|
| Cek Status | https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus |
- Pergi ke laman cek status dengan klik pada link yang tertera di atas.
- Anda akan dibawa ke halaman cek status yang rasmi.
- Masukkan Nombor MyKad* pada ruang yang disediakan.
- Mengikut format iaitu tanpa <jarak> dan tanpa -.
- Contoh : 900330112345.
- Mengikut format iaitu tanpa <jarak> dan tanpa -.
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Tunggu MyKad anda disahkan.
- Klik pada butang [Check Status] di bawah.
- Status bayaran Bantuan Dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Segala informasi yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.