CEK BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026 (LAYAK ATAU TIDAK)

CEK BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026 (LAYAK ATAU TIDAK)

Kerajaan Negeri Sabah membuktikan bahawa kebajikan rakyat Sabah terutamanya yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan akan terus terjaga. Oleh itu, Bantuan SYUKUR Sabah diteruskan lagi bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat Sabah yang memerlukan.

Bagaimanakah cara cek bayaran SYUKUR Sabah Fasa 2? Rujuk panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SENARAI BARANGAN MYKASIH 2026 : SEMAK

TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026

Bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 1 telah selesai dilaksanakan pada 11 Mac lalu dan bayaran Fasa 2 pula akan dilaksanakan pada tarikh seperti beriku :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARANSTATUS
Fasa 2Mei 2026🔜 Bakal dikreditkan
*Nota : Tarikh bayaran Bantuan SYUKUR Sabah untuk Fasa 2 bakal dikemaskini semula apabila ianya diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Sabah dari semasa ke semasa.

JUMLAH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026

Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 2 dengan jumlah yang sama seperti berikut :

BULANJUMLAH BAYARAN
AprilRM200
MeiRM200
JunRM200
Keseluruhan Fasa 2 :
RM600

CARA BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026

Berikut merupakan tiga (3) cara bayaran Bantuan SYUKUR Sabah mengikut jenis penerima :

JENIS PENERIMACARA BAYARAN
Penerima ada akaun bankDikreditkan secara terus ke dalam
akaun bank penerima
Penerima tiada akaun bank
atau
tidak melengkapkan maklumat
akaun bank
Dibayar secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
atau
di mana-mana pusat pemberian
yang ditetapkan oleh Kerajaan
Penerima ada telefon pintarDikreditkan melalui akaun
e-Wallet di aplikasi YONO Superapp

SYARAT LAYAK TERIMA BAYARAN SYUKUR SABAH

Bantuan SYUKUR Sabah hanya diberikan khusus kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Individu yang berumur 18 tahun ke atas;
  • Pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’ (penduduk asal Sabah);
  • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah lebih dari 1 tahun;
  • Tersenarai sebagai Ketua Isi Rumah dalam data sistem eKasih atau PADANS Sabah;
  • KIR miskin dan miskin tegar dalam pangkalan datan eKasih & PADANS (semakan berkala).

CEK BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026

Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sama ada layak atau tidak terima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 2, ikuti panduan semakan di bawah :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi PADANS di pautan berikut : https://padans.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Portal Rasmi PADANS.
  3. Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
  4. Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  5. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  6. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  7. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  8. ⁠Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  9. ⁠Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi maklumat yang terkini berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah. Jika anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, sila rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel yang tertera di bawah :

  • Talian SYUKUR Sabah : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/.

Leave a Comment