CEK BANTUAN RAHMAH 2025 : SEMAKAN STATUS BAYARAN & BAKI SARA MYKASIH BULAN NOVEMBER
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk membantu golongan B40 dan M40 yang layak dalam menyokong perbelanjaan keperluan asas penerima secara bulanan kini memasuki pembayaran November 2025.
Bagaimanakah cek bantuan rahmah 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CARA PERMOHONAN SARA 2026 : PANDUAN REGISTER, DAFTAR BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH
SYARAT PENERIMA BANTUAN RAHMAH
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam rekod Sistem eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
CEK BANTUAN RAHMAH 2025
Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh digunakan oleh penerima untuk :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
- Semakan Status Kelayakan;
- Tarikh Pelaksanaan Program (Tarikh Bermula dan Tarikh Berakhir);
- Semakan Senarai Kedai Berdaftar;
- Semakan Kategori Barangan Yang Diluluskan;
- Panduan Membeli Barangan;
SEMAKAN STATUS BAYARAN & BAKI
Status Bayaran dan Baki Sumbangan Asas Rahmah (SARA) November 2025, boleh disemak secara online seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CEK JUMLAH BANTUAN RAHMAH
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulan Novermber 2025, adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
| KATEGORI PENERIMA | KADAR PEMBAYARAN SARA (NOVEMBER 2025) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
| Bujang | RM50 |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR PEMBAYARAN SARA (NOVEMBER 2025) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM50 |
| Bujang | – |
CARA TEBUS BANTUAN RAHMAH 2025
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
SENARAI BARANGAN RAHMAH 2025
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan di bawah Program SARA seperti:
- Beras;
- Roti;
- Telur;
- Minyak Masak
- Tepung;
- Biskut;
- Mi Segera;
- Minuman;
- Makanan dalam Tin;
- Bahan Perasa;
- Produk Kebersihan Diri;
- Barang Kebersihan Rumah;
- Ubat-Ubatan;
- Barang Keperluan Sekolah;
SENARAI KEDAI BANTUAN RAHMAH 2025
Lebih daripada 7,300 kedai berdaftar di seluruh Malaysia yang berdaftar MyKasih termasuk pasar raya besar seperti:
- Mydin;
- Giant;
- Econsave;
- Pacific;
- Lotus Stores (Tesco);
Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di SENARAI KEDAI TERPILIH https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2025
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:
- Bagaimana cara semakan status bayaran SARA?
- Anda boleh menyemak status kelayakan di Portal SARA, atau di Portal MySTR.
- Berapa jumlah bantuan SARA November 2026?
- Jumlah bantuan yang ditetapkan adalah berbeza mengikut kelayakan penerima iaitu diantara RM50 sehingga RM200 sebulan.
- Bila bayaran SARA November 2025 dikreditkan?
- Bayaran SARA bagi bulan November 2025 dikreditkan bermula awal November (1 November 2025).
- Di mana boleh guna SARA?
- Di 7,300 lebih premis runcit terpilih seluruh Malaysia yang berdaftar, termasuk pasar raya besar seperti Mydin.
- Bagaimana jika status semakan SARA menunjukkan ‘tidak lulus’?
- Anda boleh kemas kini maklumat di portal STR atau eKasih, atau membuat rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]