CEK BANTUAN MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK (RM900 & RM2100 & RM600)

CEK BANTUAN MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK (RM900 & RM2100 & RM600)

Transaksi pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima bagi memudahkan semua golongan untuk menerima dan menggunakan bantuan dengan selamat.

Bagaimanakah cek Bantuan MyKad? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CHECK STATUS EKASIH : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

HAD KREDIT BANTUAN MYKAD 2025

Kerajaan telah menghad Bantuan MyKad kepada setiap kategori seperti berikut :

Isi Rumah :

KELAYAKAN ISI RUMAHHAD KREDIT BANTUAN MYKAD
Isi rumah B40
(Penerima sedia ada)
RM2,100 setahun
Isi rumah B40 dan M40
(Penerima baharu)
RM900 setahun

Warga Emas :

KELAYAKAN WARGA EMASHAD KREDIT BANTUAN MYKAD
Warga Emas B40
(Penerima sedia ada)
RM1,650 setahun
Warga Emas B40 dan M40
(Penerima baharu)
RM450 setahun

Bujang :

KELAYAKAN BUJANGHAD KREDIT BANTUAN MYKAD
Bujang B40
(Penerima sedia ada)
RM600 setahun
Bujang B40 dan M40
(Penerima baharu)

CEK KREDIT BANTUAN MYKAD 2025

Untuk mengetahui status pengkreditan Bantuan MyKad, ikuti cara cek seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Status Kredit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  8. Selesai.

CEK STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2025

Ketahui status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan MyKad melalui semakan berikut :

  1. Layari laman sesawang Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  2. Pada halaman utama laman tersebut, klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Bahagian ‘Cek Status’ akan dipaparkan.
  4. Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  7. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  8. Log masuk ke portal rasmi STR.
  9. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  11. Selesai.

JADUAL KREDIT BANTUAN MYKAD 2025

Bantuan MyKad bukanlah dikreditkan sekaligus, namun ianya dikreditkan secara ansur setiap bulan mengikut jadual berikut :

KELAYAKAN
PENERIMA
BAYARAN SESI 1
(JANUARI – MAC)
BAYARAN SESI 2
(APRIL – DISEMBER)
Penerima Sedia AdaIsi rumah : RM100 sebulan
Warga emas : RM100 sebulan
Bujang : RM50 sebulan
Isi rumah : RM200 sebulan
Warga emas : RM150 sebulan
Bujang : RM50 sebulan
Penerima BaharuIsi rumah : RM100 sebulan
Warga emas : RM50 sebulan

CARA GUNA BANTUAN MYKAD 2025

Hanya penerima yang disahkan ‘Layak’ boleh menggunakan Bantuan MyKad seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai yang menerima bayaran menggunakan MyKad (rujuk : Senarai Kedai Terpilih Di Sini)
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  5. Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN MyKad.
  6. Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan dan resit akan diberikan.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment