CEK BAKI MYKASIH 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA SEMAK JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD

CEK BAKI MYKASIH 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA SEMAK JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD

Penerimaan Bantuan MyKasih dalam MyKad adalah secara ansur setiap bulan kepada 5.4 juta penerima dan tentunya penerima telah menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas. Namun sekiranya bantuan tidak dihabiskan, baki yang ada akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama bulan semasa.

Bagaimanakah cek baki MyKasih Bantuan Dalam MyKad? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN DALAM MYKAD RM900 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

JUMLAH BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD 2025

Bantuan MyKasih dikreditkan dalam MyKad penerima setiap bulan dengan jumlah berikut :

  • Penerima STR dan e-Kasih :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN MYKASIH
KREDIT DALAM MYKAD
Isi RumahRM100 setiap bulan (Januari – Mac)
RM200 setiap bulan (April – Disember)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM100 setiap bulan (Januari – Mac)
RM150 setiap bulan (April – Disember)
BujangRM50 setiap bulan (Januari – Disember)
  • Penerima STR Sahaja :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN MYKASIH
KREDIT DALAM MYKAD
Isi RumahRM100 setiap bulan (April – Disember)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM50 setiap bulan (April – Disember)
Bujang

PAUTAN CEK BAKI MYKASIH 2025

Baki Bantuan MyKasih dalam MyKad penerima boleh dicek melalui :

PANDUAN LENGKAP CARA CEK BAKI MYKASIH DALAM MYKAD 2025

Untuk mengetahui baki Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad anda, ikuti panduan lengkap cara cek seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih di Apple Apps Store / Google Play dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Seterusnya, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  6. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  7. Klik pada butang [Next] di bawah.
  8. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “CEK BAKI MYKASIH 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA SEMAK JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD”

Leave a Comment