CARA TEBUS SUBSIDI RON95 : PANDUAN LENGKAP CLAIM MINYAK PETROL
Perdana Menteri Malaysia Ke-10 akan mengotakan janji bahawa minyak petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter dengan subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Namun, subsidi yang disediakan ini hanya boleh ditebus oleh 16 juta rakyat Malaysia bagi mengelakkan pembaziran subsidi.
Subsidi RON95 boleh ditebus dengan mudah sahaja mengikut panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BUDI MADANI RON95 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

CARA TEBUS SUBSIDI RON95
Baca mengelakkan risiko kesesakan di stesen minyak, pihak kerajaan menyediakan dua (2) cara untuk semak kelayakan dan tebus Subsidi RON95 seperti berikut :
Panduan Cara Tebus Subsidi RON95 Di Stesen Minyak :
- Kunjungi Stesen Minyak terdekat anda.
- Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima.
- Jika ingin mengelakkan kesesakan, anda juga boleh buat semakan pengesahan kelayakan pada aplikasi TouchNGo atau Aplikasi syarikat Minyak sebelum mengisi petrol.
- Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
- Kemudian bayar mengikut liter secara tunai, atau kad kredit/debit.
- Isi minyak RON95 seperti biasa.
- Selesai.
Panduan Cara Tebus Subsidi RON95 Di Aplikasi Setel :
- Muat turun aplikasi ‘Setel‘ dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play; atau
- App Store; atau
- Huawei App Gallery.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi ‘Setel’.
- Daftar akaun anda dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
- Kemudian, sahkan akaun dengan klik butang [Verification].
- Imbas MyKad depan dan belakang.
- Tangkap swafoto terkini anda.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan betul.
- Apabila pergi ke stesen minyak PETRONAS, buka aplikasi ‘Setel’.
- Klik butang [Purchase Fuel].
- Pilih nombor pam anda.
- Tetapkan amaun pengisian minyak.
- Sahkan bayaran secara online.
- Isi minyak anda seperti biasa.
- Selesai.
SYARAT LAYAK TEBUS
Bukan semua layak untuk tebus Subsidi RON95. Hanya 16 juta sahaja rakyat yang dipilih berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut :
- Warganegara Malaysia;
- MyKad boleh dibaca dan tiada sebarang kerosakan cip;
- Penunggang motorsikal / pemandu kereta;
- Mempunyai lesen sah dan masih aktif;
- Seawal usia 16 tahun dna ke atas.
TARIKH TEBUS SUBSIDI RON95
Subsidi RON95 RM1.99 seliter boleh ditebus secara berperingkat mengikut kategori kelayakan penerima. Berikut merupakan tarikh mula subsidi RON95 boleh ditebus :
KATEGORI KELAYAKAN | TARIKH MULA TEBUS |
---|---|
Polis dan Tentera (300 ribu anggota) | Bermula 27/09/2025 (Sabtu) |
Penerima STR (Golongan B40) | Bermula 28/09/2025 (Ahad) |
Semua Rakyat (16 juta Rakyat) | Bermula 30/09/2025 (Selasa) |
STESEN MINYAK BOLEH TEBUS SUBSIDI RON95
Setiap stesen minyak yang terpilih akan mempunyai Sistem Terminal Pembaca MyKad dan boleh tebus Subsidi RON95. Antara stesen minyak yang boleh tebus Subsidi RON95 adalah :
- Shell;
- PETRONAS;
- Petron;
- BHPetrol;
- Caltex.
HAD BULANAN SUBSIDI RON95
Walaupun Subsidi RON95 diberikan dengan harga RM1.99 seliter, namun kerajaan telah menetapkan had yang boleh digunakan pada setiap bulan seperti berikut :
HARGA SELITER | HAD SUBSIDI BULANAN |
---|---|
RM1.99 / seliter | 300 liter sahaja setiap bulan |
SOALAN LAZIM (FAQ) SUBSIDI RON95
Baca soalan-soalan lazim dan jawapan berkaitan Subsidi RON95 seperti berikut :
- Bila tarikh akhir guna Subsidi RON95?
- Subsidi RON95 akan berkuatkuasa bermula 27, 28 dan 30 September 2025 dan boleh digunakan setiap bulan. Namun, tarikh akhir masih belum diketahui.
- Bagaimana cara daftar Subsidi RON95?
- Penerima tidak perlu mendaftar kerana ianya diberikan secara automatik kepada yang layak.
- Apakah jenis kenderaan yang boleh tebus Subsidi RON95?
- Kenderaan jenis persendirian seperti kereta dan motorsikal.
- Berapakah harga RON95 sekiranya tanpa subsidi?
- Harga asal kini sebanyak RM2.05 seliter, namun dijangka akan dinaikkan sehingga RM2.60 seliter tanpa subsidi.
- Bolehkah warga asing isi minyak petrol RON95 guna subsidi RM1.99 seliter?
- Tidak boleh. Warga asing perlu membayar harga pasaran semasa minyak Petrol RON95.
INFO LANJUT
Info-info yang dihuraikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Kementerian Kewangan. Untuk info lebih lanjut dan sahih di sini https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/budi95-pastikan-penyasaran-subsidi-ron95-manfaat-rakyat.