CARA TEBUS SARA RM100 : SEMAKAN STATUS MELALUI ONLINE 2025

CARA TEBUS SARA RM100 : SEMAKAN STATUS MELALUI ONLINE 2025

Bagaimanakah cara tebus dan semak status Bantuan SARA RM100 melalui online? Ikuti panduan dan maklumat yang disediakan lebih lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAK SARA DALAM MYKAD : (RM100 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

CARA TEBUS SARA RM100 : SEMAKAN STATUS MELALUI ONLINE 2025

Kerajaan MADANI ingin merakamkan penghargaan kepada semua rakyat dewasa Malaysia tanpa mengira jumlah pendapatan. Oleh itu, Kerajaan MADANI memperuntukan sebanyak RM2 billion untuk disalurkan melalui Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Seramai 22 juta penerima yang terdiri daripada kategori isi rumah, warga emas dan bujang akan menerima sebanyak RM100 setiap seorang secara sekaligus (one-off) melalui kad pengenalan (MyKad) yang boleh ditebus.

TARIKH TEBUS SARA RM100

Semua penerima yang layak boleh mula tebus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 pada tarikh berikut :

  • Bermula 31 Ogos 2025 (Ahad).

CARA TEBUS SARA RM100

Berikut merupakan cara tebus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih SARA berhampiran (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  4. Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  7. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA RM100

Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA), ikuti cara semakan berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  7. Selesai.

*Semakan dibuka bermula 21 Ogos 2025 (Khamis).

SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA RM100

Status bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) hanya boleh boleh disemak melalui aplikasi seperti panduan berikut :

  1. Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  6. Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
  7. Masukkan Nombor OTP yang betul.
  8. Seterusnya, klik pada butang [Next].
  9. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  10. Klik pada butang [Next] di bawah.
  11. Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  12. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA RM100

1. Bilakah tempoh sah guna Bantuan SARA RM100?

Sah sehingga 31 Disember 2025 (Rabu) sahaja.

2. Apakah barangan yang boleh ditebus dengan Bantuan SARA RM100?

Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

3. Bolehkah tebus barang keperluan melebihi Bantuan SARA RM100?

Tidak boleh. penerima hanya boleh tebus RM100 sahaja setiap seorang.

4. Adakah perlu memohon untuk tebus Bantuan SARA RM100?

Tiada sebarang permohonan diperlukan kerana pemberian Bantuan SARA RM100 adalah automatik kepada rakyat Malaysia yang layak.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di :

Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment