CARA SEMAKAN STATUS MYKASIH (2025 BANTUAN)
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat semakan status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara dalam talian untuk mengetahui sama ada mereka layak menerima bantuan ini sebagai bantuan tambahan bulanan bagi menyokong perbelanjaan keperluan asas.
Bagaimanakah semakan status mykasih? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: MYKASIH DALAM KAD PENGENALAN – SEMAKAN STATUS 2025

APA ITU MYKASIH?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih merupakan inisiatif bantuan Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memenuhi barangan keperluan secara bulanan dengan pengkreditan terus ke dalam MyKad untuk dibelanjakan bagi mendapatkan barang keperluan asas secara tanpa tunai di kedai terpilih.
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2025
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
TARIKH PENTING MYKASIH 2025
Berikut merupakan tarikh pelaksanaan bantuan:
- Penerima Berstatus eKasih dan Lulus STR – Bermula Januari sehingga Disember 2025.
- Penerima Lulus STR sahaja – Bermula Januari sehingga Disember 2025.
- Tempoh SAH sehingga 31 Disember 2025.
CARA SEMAKAN STATUS MYKASIH
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
AMAUN BULANAN MYKASIH
Amaun bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang | RM600 | RM50 (Januari – Disember) |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM900 | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 | RM50 (April – Disember) |
BARANGAN YANG BOLEH DIBELI
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan di bawah Program SARA seperti:
- Beras;
- Roti;
- Telur;
- Minyak Masak
- Tepung;
- Biskut;
- Mi Segera;
- Minuman;
- Makanan dalam Tin;
- Bahan Perasa;
- Produk Kebersihan Diri;
- Barang Kebersihan Rumah;
- Ubat-Ubatan;
- Barang Keperluan Sekolah;
CARA SEMAKAN KEDAI RUNCIT BERDAFTAR MYKASIH
Penerima boleh dapatkan barangan asas di lebih daripada 7,300 kedai berdaftar di seluruh Malaysia yang berdaftar MyKasih termasuk kedai runcit dan pasar raya besar seperti:
- Mydin;
- Giant;
- Econsave;
- 99 Speedmart;
- Lotus Stores (Tesco).
Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN STATUS MYKASIH
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MyKasih 2025:
- Apakah cara paling mudah untuk semak status MyKasih?
- Semakan status kelayakan boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA atau Aplikasi MyKasih.
- Bolehkah semakan status MyKasih dibuat melalui aplikasi?
- Ya. Selain semakan di Portal Rasmi SARA, semakan status juga boleh dilakukan di Aplikasih MyKasih.
- Bagaimana jika status menunjukkan “Tidak Layak”?
- Anda kemaskini maklumat STR untuk semakan semula atau rujuk pihak berwajib seperti Pejabat Hasil.
- Adakah baki kredit MyKasih boleh dikeluarkan dalam bentuk tunai?
- Tidak boleh. Bantuan MyKasih hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas dengan menggunakan MyKad di kedai terpilih.
- Bila tarikh akhir penggunaan bantuan MyKasih?
- Baki atau kredit yang tidak digunakan perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2025, iaitu tarikh akhir SAH penggunaan kredit MyKasih.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]