CARA SEMAKAN STATUS EKASIH : TERKINI 2025 SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

CARA SEMAKAN STATUS EKASIH : TERKINI 2025 SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

Penerima STR yang disahkan tersenarai dalam rekod data eKasih layak menerima bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 secara automatik, dengan kadar sehingga RM200 sebulan bagi pembelian barangan keperluan asas tanpa tunai.

Bagaimanakah cara semakan status ekasih terkini 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SARA MYKASIH DALAM MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SYARAT LULUS SEMAKAN STATUS KELAYAKAN EKASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA eKasih:

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

AMAUN BANTUAN EKASIH TERKINI 2025

Jumlah Bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Kategori eKasih Terkini 2025 adalah seperti berikut:

PENERIMA
LULUS STR & BERSTATUS EKASIH
AMAUN BULANAN TERKINI
(APRIL – DISEMBER)
Isi RumahRM200/bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150/bulan
BujangRM50/bulan

MANFAAT SARA EKASIH 2025

Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad (IC), membolehkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan, produk kebersihan rumah, peralatan persekolahan di pasar raya yang berdaftar di seluruh Malaysia dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).

13 KATEGORI BARANGAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH

SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN SISTEM EKASIH 2025 LULUS ATAU TIDAK ONLINE

Setelah selesai pendafaran eKasih, status pendaftaran sistem eKasih ‘Lulus’ atau ‘Tidak’ boleh disemak seperti kaedah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
    https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  2. Halaman utama Semakan eKasih dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) dan Masukkan [Kod Kaptcha] yang diberikan.
  4. Kemudian Tekan [Klik Untuk Carian].
  5. Seterusnya, maklumat status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak’.
  6. Selesai.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA EKASIH 2025 ONLINE

Setelah Lulus eKasih dan STR, status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori eKasih boleh disemak seperti berikut:

SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status]
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
  4. Kemudian, Klik [Semak Status]
  5. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  6. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment