CARA SEMAKAN MYKASIH SARA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

CARA SEMAKAN MYKASIH SARA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Penggunaan Bantuan MyKasih SARA kini diperluaskan dan telah ramai penerima yang layak dapat menggunakannya untuk memenuhi keperluan asas setiap bulan kerana ianya mudah dan selamat digunakan hanya dengan kad pengenalan penerima sahaja.

Bagaimanakah cara semakan MyKasih SARA? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAK SARA RAHMAH : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

CARA SEMAKAN MYKASIH SARA 2025

Status kelayakan penerima MyKasih SARA hanya boleh disemak melalui Laman Web Rasmi MyKasih SARA di bawah :

Ikuti panduan cara semakan status kelayakan penerima MyKasih SARA seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan Laman Web Rasmi MyKasih SARA Di atas.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

CARA SEMAKAN BAKI MYKASIH SARA 2025

Hanya penerima yang disahkan boleh menyemak baki Bantuan MyKasih SARA seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

CARA GUNA MYKASIH SARA 2025

Ikuti cara guna Bantuan MyKasih SARA untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai terpilih MyKasih SARA yang berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga).
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  4. Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  7. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment