CARA SEMAK STATUS MYKASIH (2025 SARA)

CARA SEMAK STATUS MYKASIH (2025 SARA)

MyKasih adalah merupakan salah satu program bantuan tunai oleh Kerajaan Malaysia yang disasarkan kepada golongan yang berpendapatan rendah seperti B40 dan M40. Menerusi sistem ini, penerima bantuan boleh membuat Semakan MyKasih secara atas talian (online) untuk pantau status bantuan dan mengakses bantuan tunai secara mudah dengan menggunakan MyKad.

Dalam artikel ini, kami akan menghuraikan maklumat terperinci berkaitan MyKasih 2025, cara semak status, senarai barang yang boleh dibeli serta maklumat-maklumat yang lain supaya anda lebih memahami Bantuan MyKasih.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN LESEN PERCUMA – SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

TEMPOH SAH KREDIT MYKASIH

Bantuan MyKasih RM100 (One-off) telah dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad 2 juta penerima yang layak mulai 31 Ogos 2025.

📆 Garis Masa SARA RM100

  • 31 Ogos 2025 : Bantuan aktif dan boleh digunakan ✅
  • Semak kelayakan program MyKasih SARA anda dan gunakan kredit RM100 di kedai yang diluluskan pada bila-bila masa sahaja (antara 1 – 31 Oktober 2025).
  • 31 Disember 2025 : Bantuan tamat (tidak boleh digunakan) dan akan luput.
CARA SEMAK STATUS MYKASIH

🔔Peringatan : Penerima perlu menggunakan Bantuan MyKasih sepenuhnya sebelum 31 Disember 2025 (Kerana baki dalam MyKad tidak dibawah ke tahun berikutnya)

Peringatan : Pengeluaran tunai adalah tidak dibenarkan. Bantuan MyKasih SARA hanya boleh digunakan secara tanpa tunai menggunakan MyKad di kedai-kedai yang terpilih.

⏳ Bantuan MyKasih SARA dalam MyKad sah digunakan dari 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025 (Sila guna sebelum tamat tempoh).

📄 Peringatan : Simpan resit pembelian sebagai bukti transaksi.

SEMAK 14 KATEGORI BARANG MYKASIH

Berikut merupakan senarai lengkap 14 kategori barang-barang keperluan yang diluluskan MyKasih :

BIL.KATEGORI
BARANG
CONTOH
BARANG
1.BerasJenama beras bungkusan
(Jati, Jasmine & sebagainya)
2.TelurTelur ayam
(Gred A – C)
3.RotiRoti putih, roti gandum,
roti sandwich
4.Minyak masakMinyak sawit, minyak
sayuran campuran
5.BiskutBiskut krim, biskut kering
6.Mi segeraMi segera dalam cawan
atau bungkusan
7.TepungTepung gandum untuk
kegunaan memasak
8.MinumanMilo, kopi, teh, susu tepung
9.Bahan perasaGula, garam, sos, rempah ratus
10.Makanan
dalam tin
Sardin, kacang panggang, tuna
11.Barang penjagaan
diri
Ubat gigi, tuala wanita,
sabun mandi
12.Ubat tanpa
preskripsi
Panadol, ubat batuk ringan
13.Keperluan sekolahAlat tulis, pakaian seragam,
kasut sekolah
14.Barang kebersihan
rumah
Sabun pencuci pakaian,
pencuci pinggan, pencuci lantai

KATEGORI PENERIMA MYKASIH 2025

Berikut adalah kategori-kategori penerima yang layak menerima Bantuan MyKasih untuk tahun 2025 :

  • Isi Rumah (STR & eKasih) :
    • Keluarga yang menerima Bantuan STR dan berdaftar dalam sistem eKasih.
  • Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) :
    • Individu warga emas yang tiada pasangan merupakan penerima STR dan berdaftar dalam sistem eKasih.
  • Individu Bujang (STR & eKasih) :
    • Golongan bujang yang layak terima STR dan berdaftar dalam sistem eKasih.
  • Isi Rumah (STR sahaja) :
    • Isi rumah yang layak menerima Bantuan STR sahaja.
  • Warga Emas Tiada pasangan (STR Sahaja) :
    • Individu warga emas tiada pasangan yang menerima Bantuan STR sahaja.

CARA SEMAK STATUS MYKASIH

Untuk mengetahui status kelayakan anda, ikuti cara udah buat semakan status seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih
  2. Masukkan Maklumat Peribadi
    • Masukkan nombor MyKad ikut format tanpa jarak dan sengkang (-) serta lengkapkan kod captcha untuk sahkan keselamatan.
  3. Periksa Status dan Baki Bantuan
    • Sistem akan paparkan status kelayakan, jumlah bantuan yang diterima serta baki yang ada dalam MyKad.
MYKASIH

SEMAK KELAYAKAN MYKASIH

Sila layari https://www.sara.gov.my/ dan ikuti cara semak status seperti berikut :

  1. Klik butang [Semak Kelayakan].
  2. Masukkan nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
  3. Klik pada butang [Semakan Status].
  4. Status kelayakan akan dipaparkan.
  5. Selesai.

Antara syarat kelayakan penerima MyKasih adalah :

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Tersenarai dalam pangkalan data kerajaan seperti eKasih.
  • Tergolong dalam kumpulan pendapatan B40.

*Kredit RM100 hanya boleh digunakan untuk pembelian barang-barang keperluan yang diluluskan sahaja dan tidak boleh dikeluarkan dalam bentuk tunai.

JADUAL BAYARAN MYKASIH

Bantuan MyKasih dibayar ke dalam MyKad penerima pada setiap 1 hari bulan setiap bulan sehingga 1 Disember 2025 mengikut jumlah berikut :

KATEGORI
PENERIMA
BAYARAN
BULANAN
BAYARAN
TAHUNAN
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM200RM2,100
Warga Emas
(STR & eKasih)
RM150RM1,650
Bujang
(STR & eKasih)
RM50RM600
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM100RM900
Warga Emas
(STR sahaja)
RM50RM450

KEDAI BERDAFTAR MYKASIH

Penerima boleh menggunakan Bantuan MyKasih di lebih 7,300 kedai berdaftar seluruh Malaysia, antaranya ialah :

  • Mydin
  • Giant
  • 99 Speedmart
  • Econsave
  • KK Super Mart

*setiap kedai yang terlibat mempunyai sistem bayaran MyKasih yang bersepadu dan memastikan penggunaan bantuan selamat dan mengikut barang yang terpilih.

CARA GUNA MYKASIH

Apabila MyKad anda telah menerima Bantuan MyKasih, anda boleh gunakannya mengikut cara berikut :

  1. Bawa MyKad ke premis yang terpilih MyKasih (pasar raya / pasar mini / kedai runcit).
  2. Pilih barang keperluan dari senarai yang diluluskan.
  3. Tunjukkan MyKad semasa pembayaran.
  4. Baki akan ditolak secara automatik (bagi penerima yang layak).
  5. Semak baki dalam MyKad melalui resit pembayaran atau portal rasmi MyKasih.

KESIMPULAN

Program Bantuan MyKasih 2025 adalah langkah penting oleh Kerajaan bagi memastikan kos sara hidup rakyat yang daripada golongan berpendapatan rendah dapat diringankan. Dengan sistem semakan status yang mudah dan senarai barang yang jelas, penerima dapat menggunakan bantuan secara lebih efektif dan selamat.

Segala maklumat dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya daripada Portal rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk :

Leave a Comment