CARA SEMAK PLKN 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN NAMA PESERTA SEKARANG
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2025 diperkenalkan semula dengan pendekatan lebih holistik bagi membentuk belia yang berdisiplin, berdaya saing dan bersemangat patriotik.
Bagaimanakah cara semak status kelayakan peserta plkn 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: CHECK PLKN 2025 : SEMAKAN STATUS NAMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
PESERTA PLKN 2025
Kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Calon berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental;
- Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini;
SEMAK NAMA PESERTA PLKN SIRI 3 2025
Nama peserta yang terlibat dengan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi siri terkini boleh disemak di https://jlkn.mod.gov.my/images/plkn/SIRI3_505_515.pdf
CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN PESERTA PLKN 2025 SECARA ONLINE
Tawaran Pelatih PLKN 3.0 boleh disemak secara online seperti berikut:

- Layari Portal Rasmi Semakan Tawaran PLKN: https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
- Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
- Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
- Kemudian, Klik [Semak]
- Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
- Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar:
[Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0]
Untuk meneruskan pendaftaran setelah pelatih selesai membuat semakan tawaran, pelatih boleh rujukan panduan pendaftaran di sini https://plkn.mod.gov.my/Downloads/manual-pengguna-pelatih.pdf
Bagi memastikan proses pendaftaran dan urusan pentadbiran berjalan lancar, pelatih yang terpilih diminta untuk mengesahkan kehadiran selewat-lewatnya pada 11 Julai ini.
SEMAK TARIKH DAN LOKASI PLKN SIRI 3 2025
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat (tiga siri/peringkat) seperti berikut:
PLKN Siri 3
- Tarikh: 7 September – 21 Oktober 2025
- Lokasi:
- Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
- Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
INFO LANJUT PLKN 3.0 2025
Berikut merupakan maklumat tambahan bagi kemasukan PLKN 3.0 2025:
- Kehadiran pelatih adalah wajib dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 18 (1), Akta Latihan Khidmat Negara sekiranya gagal hadir tanpa alasan munasabah atau pembuktian masalah kesihatan yang disahkan pakar perubatan.
- Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 2025 akan melibatkan remaja dan belia yang berusia 16 hingga 35 tahun. Namun, fokus bagi tahun 2025 ialah lepasan SPM.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian PLKN : 03-40133613 / 03-40133618
- e-Mel : [email protected]
- Laman Web Rasmi: https://jlkn.mod.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mod.gov.my/index.php/maklumat/plkn-3-0