CARA SEMAK DIVIDEN ASB 2025 : CHECK JUMLAH BAKI TERBARU SECARA ONLINE SELEPAS AGIHAN KEUNTUNGAN

CARA SEMAK DIVIDEN ASB 2025 : CHECK JUMLAH BAKI TERBARU SECARA ONLINE SELEPAS AGIHAN KEUNTUNGAN

Pastinya semua pemegang unit ASB (Amanah Saham Bumiputera) menantikan pengumuman kadar Dividen ASB oleh Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) untuk tahun 2025 dan kadar dividen tersebut telahpun diumumkan secara rasmi.

Bagaimanakah cara semak Dividen ASB 2025? Sila baca penjelasan lebih lanjut dan ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN (RM200 & RM100 & RM50)

APA ITU ASB?

ASB atau Amanah Saham Bumiputera adalah merupakan satu platform pelaburan yang dijamin oleh Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang menggantikan skim Amanah Saham Nasional (ASN).

Namun, pelaburan ASB (Amanah Saham Bumiputera) ini adalah selamat kerana unit amanag berharga tetap, tiada fi permulaan, senang dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja dan sesuai untuk pelaburan pasif. Ianya berbeza dengan ASNBF (Amanah Saham Nasional Bhd Financing).

APA ITU DIVIDEN ASB?

Daripada duit yang disimpan dan dilaburkan dalam ASB (Amanah Saham Bumiputera) ini, semua pemegang unit akan terima Dividen iaitu ‘Keuntungan’ pada setiap tahun berdasarkan kadar baki yang ada dalam akaun.

Dividen ini membantu meningkatkan jumlah wang pelaburan tanpa perlu tambah modal sendiri dan Dividen ASB bersifat bebas cukai. Oleh itu, pemegang unit dapat menikmati pulangan penuh tanpa perlu potongan cukai.

PERBEZAAN ASB & ASNBF

ASB (Amanah Saham Bumiputera) dan ASNBF (Amanah Saham Nasional Bhd Financing) adalah dua platform yang berbeza yang berfungsi untuk tujuan tertentu seperti berikut :

CIRIASBASNBF
Jenis
Pelaburan
Unit amanah
harga tetap
(fixed price fund
RM1 seunit)
Pinjaman /
Pembiayaan
untuk membeli
unit ASB
Fungsi
Utama
Menyimpan /
Melabur dengan
modal sendiri
Melabur dalam
ASB menggunakan
pembiayaan bank
(leverage)
Kelayakan
Pelabur
Warganegara
Malaysia
Bumiputera
Pelabur ASB
yang ingin
gandakan pelaburan
dengan pinjaman
Had
Pelaburan
RM200,000
hingga
RM300,000
Bergantung pada
kelulusan bank
(Ikut had ASB)
RisikoRisiko rendah,
Pulangan Dividen
tetap
Risiko tinggi,
(ada komitmen
ansuran bulanan
perlu dibayar)
Cara
Untung
Dividen tahunan,
bonus & tiada caj
pembukaan akaun
Dividen diperoleh
melebihi caj
pembiayaan /
interest bank
KecairanBoleh dikeluarkan
pada bila-bila masa
Ikut terma bank
& unit biasanya
digadai
kepada bank

KADAR DIVIDEN ASB 2025

Pihak ASNB (Amanah Saham Nasional Bhd) telah mengumumkan bahawa kadar Dividen ASB (Amanah Saham Bumiputera) untuk tahun 2025 adalah sebanyak 5.75 sen seunit dan ianya kekal sama seperti kadar Dividen tahun 2024.

Dividen ASB untuk tahun 2025 akan dikreditkan terus ke dalam akaun pemegang unit ASB bermula 1 Januari 2026 dan semua pemegang unit boleh membuat semakan pengkreditan Dividen melalui aplikasi myASNB atau Portal Rasmi ASNB mulai jam 12:00 tengah malam.

TANGGUHAN SEMENTARA URUSNIAGA ASB

Namun, semua pemegang unit perlu menangguhkan urusan pengeluaran atau penambahan kredit dalam akaun ASB kerana bagi memberi laluan kepada pihak ASNB membuat pengiraan dan penutupan akaun tahunan.

Semua urusniaga ASB melalui kaunter ASNB, Ejen ASNB, saluran dalam talian dan perbankan internet perlu ditangguhkan bermula 27 Disember hingga 31 Disember 2025 dan semua urusniaga akan dibuka semula bermula 1 dan 2 Januari 2026.

CARA SEMAK DIVIDEN ASB 2025

Bermula 2 Januari 2026, semua Pemegang Unit ASB boleh menyemak berapa kadar Dividen ASB atau menyemak sama ada telah dikreditkan atau belum dalam akaun mengikut panduan seperti berikut :

  1. Buka aplikasi myASNB atau layari Portal Rasmi ASNB di pautan ini : https://www.asnb.com.my/V2/asnbv2_0index.php.
  2. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  3. Masukkan ID pengguna beserta [Kata Laluan].
  4. Klik pada menu [Akaun Saya] untuk melihat senarai pelaburan.
  5. Kemudian, klik pada [Penyata Kewangan] untuk melihat Dividen dan Bonus yang dikreditkan untuk tahun 2025.
  6. Klik butang [Cetak] untuk cetak keluar atau klik [Save dalam PDF] untuk simpan penyata tersebut.
  7. Selesai.

CARA KIRA-KIRA DIVIDEN ASB 2025

Sebelum Dividen ASB dimasukkan dalam akaun, anda boleh membuat kira-kira untuk tahu berapa kadar Dividen ASB yang anda layak terima. Ikuti panduan cara kira-kira Dividen seperti berikut :

  1. Dapatkan Baki Minimum Bulanan (BMB) – Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1 hari bulan sehingga hujung bulan.
    • Dapatkan BMB untuk 12 bulan.
  2. Setiap jumlah BMB untuk 12 bulan dicatatkan, tambahkan kesemua BMB tersebut untuk setiap bulan
    • Tambah BMB untuk 12 bulan (dari Januari hingga Disember).
  3. Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan ‘Purata Baki Minimum Bulanan 12 bulan atau Baki Minimum Tahunan.
    • Bahagikan jumlah keseluruhan BMB kepada 12.
  4. Darabkan Baki Minimum dengan kadar dividen ASB iaitu 5.75 sen untuk dapatkan kadar penuh.
    • Darab dengan 5.75.

Sebagai Contoh :

Jika simpanan RM10,000 dari 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025 tanpa sebarang pengeluaran, Dividen akan dapat adalah RM10,000 x 5.75% = RM575.

Namun, jika simpanan RM10,000 dari 1 Januari 2025 dan dikeluarkan pada bulan Jun sebanyak RM5,000. Baki yang ada adalah sebanyak RM5,000 sehingga 31 Disember 2025, Dividen akan dapat adalah RM218.75 + RM153.13 = RM371.88.

Kalau simpanan bermula RM5,000 dari 1 Januari 2025 dan bulan Disember tambah sebanyak RM20,000. Dividen akan dapat adalah RM5,000 x 5.75 = RM287.50.

Tetapi jika simpanan RM20,000 dari 1 Januari 2025 dan membuat pengeluaran sebanyak RM10,000 pada bulan November. Baki RM10,000 dan Dividen akan dapat adalah RM875 + RM87.50 = RM962.50.

*Nota : Agihan Dividen ASB adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan sepanjang tahun.

RUJUKAN LANJUT

Kami hanya menyediakan maklumat berkaitan ASB berdasarkan maklumat daripada pihak Kerajaan. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan maklumat Dividen ASB, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Talian Pusat Khidmat Pelanggan ASNB : 03 7730 8899
  • Alamat e-mel rasmi :[email protected]

Leave a Comment