CARA SEMAK BAKI MYKASIH – BERAPA YANG ADA DALAM MYKAD

CARA SEMAK BAKI MYKASIH – BERAPA YANG ADA DALAM MYKAD

Bantuan MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) yang dikreditkan dalam MyKad perlu digunakan untuk beli barang keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, lampin pakai buang, ubat-ubatan, barang sekolah dan sebagainya dengan baki yang mencukupi. Namun, masih ada penerima yang belum menggunakannya.

Bagaimanakah cara semak baki MyKasih yang ada dalam MyKad? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 1 2026 – SEMAK KELAYAKAN PENERIMA & STATUS BAYARAN

CARA GUNA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD

Bagi yang belum menggunakan Bantuan MyKasih untuk beli barang, ikuti cara guna yang mudah seperti berikut :

LANGKAHCARA GUNA BANTUAN MYKASIH
1.Kunjungi kedai / pasaraya yang
berdaftar dengan MyKasih
2.Pilih barang keperluan yang
mempunyai label MyKasih
pada rak tanda harga
3.Berikan MyKad kepada juruwang
untuk pengesahan penerima
dan baki
4.Juruwang akan imbas setiap
barang yang dipilih
5.Transaksi pembelian akan
disahkan menggunakan MyKad
penerima
6.Resit pembelian akan diberikan
untuk rujukan transaksi

TARIKH KREDIT MYKASIH DALAM MYKAD

Kerajaan melaksanakan pengkreditan Bantuan MyKasih ke dalam MyKad penerima mengikut tarikh yang dijadualkan seperti di bawah :

BIL.TARIKH KREDIT MYKASIH
1.9 – 16 Januari 2026
2.1 Februari 2026
3.1 Mac 2026
4.1 April 2026
5.1 Mei 2026
6.1 Jun 2026
7.1 Julai 2026
8.1 Ogos 2026
9.1 September 2026
10.1 Oktober 2026
11.1 November 2026
12.1 Disember 2026
*Pengkreditan One-Off adalah pada 9 Februari 2026.

JUMLAH BAKI MYKASIH TERKUMPUL

Jika penerima tidak pernah menggunakan Bantuan MyKasih untuk beli barang keperluan asas, baki yang terkumpul dari hari pertama pengkreditan sehingga kini, ianya sebanyak berikut :

  • 8.1 juta penerima sedia ada :
KATEGORIPENERIMA
MISKIN TEGAR
PENERIMA
BUKAN MISKIN
Isi RumahRM600 (Jan – Mac)
+RM100 (One-off)
RM300 (Jan – Mac)
+RM100 (One-off)
Warga EmasRM450 (Jan – Mac)
+RM100 (One-off)
RM150 (Jan – Mac)
+RM100 (One-off)
BujangRM300 (Jan – Mac)
+RM100 (One-off)
RM150 (Jan – Mac)
+RM100 (One-off)
  • 13.9 juta penerima baharu :
KATEGORISEMUA PENERIMA
Isi RumahRM100
Warga EmasRM100
BujangRM100

CARA SEMAK BAKI MYKASIH

Bagaimanapun, baki Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad boleh disemak secara online seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Pilih [SARA Bulanan] atau [SARA One-Off] (ikut kelayakan anda).
  4. Tandakan pada kotak [Setuju].
  5. Klik pada butang [TERUSKAN].
  6. Pada bahagian seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  7. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon yang aktif.
  8. Klik pada butang [Log Masuk].
  9. Terus klik pada butang [Semak Kelayakan & Baki].
  10. Status kelayakan dan baki bantuan akan dipaparkan.
  11. Selesai.

TEMPOH SAH GUNA BAKI MYKASIH

Penerima dinasihatkan agar menggunakan Bantuan MyKasih selama tempoh yang ditetapkan seperti berikut :

JENIS BAYARANTEMPOH SAH GUNATARIKH AKHIR
Bayaran Bulanan12 bulan31 Disember 2026
Bayaran One-off11 bulan31 Disember 2026

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/.

Leave a Comment