CARA PERMOHONAN BINGKAS 2026 : REGISTER/DAFTAR BANTUAN BINGKAS SELANGOR RM300 SETIAP BULAN

CARA PERMOHONAN BINGKAS 2026 : REGISTER/DAFTAR BANTUAN BINGKAS SELANGOR RM300 SETIAP BULAN

Bantuan BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik kepada ketua isi rumah yang berjaya lulus dalam permohonan Bantuan BINGKAS. Oleh itu, individu yang berkelayakan boleh mula kemukakan permohonan untuk penerimaan bayaran sepanjang tahun 2026.

Bagaimanakah cara permohonan BINGKAS 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYKAD 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM200 & RM100 & RM50)

SYARAT KELAYAKAN BINGKAS 2026

Sebelum kemukakan permohonan, individu perlu mengetahui syarat-syarat kelayakan yang dibenarkan untuk memohon Bantuan BINGKAS supaya permohonan berjaya diluluskan. Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berkahwin atau ibu/bapa tunggal;
  • Mempunyai tanggungan sekurangnya 2 orang yang berumur bawah 18 tahun;
  • Kadar pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Lahir atau menetap di Selangor tidak kurang 10 tahun;
  • Pengundi berdaftar di Selangor.

CARA PERMOHONAN BINGKAS 2026

Bermula 1 November 2025, permohonan Bantuan BINGKAS untuk tahun 2026 telah dibuka dan individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh kemukakan permohonan secara online seperti panduan berikut :

  1. Layari Portal Rasmi BINGKAS di pautan ini :https://bingkasselangor.com/.
  2. Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
  5. Bagi yang tiada akaun, sila klik butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] dan daftar akaun anda.
  6. Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
  7. Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
  8. Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
  9. Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
    • *Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
  10. Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid salah seorang anak dan klik [Simpan].
  11. Setelah selesai, klik butang [Hantar].
  12. Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
  13. Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
  14. Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
  15. Permohonan telah berjaya dihantar.
  16. Selesai.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN BINGKAS

Bagi mengukuhkan lagi permohonan Bantuan BINGKAS, pemohon perlu sertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan. Antara dokumen yang diperlukan adalah termasuk :

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Pasangan);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (anak-anak);
  • Salinan Sijil Kematian / Penceraian / Laporan Polis (untuk ibu / bapa tunggal);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada ketua Komuniti sepertu ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

CARA GUNA BANTUAN BINGKAS 2026

Setelah permohonan berjaya diluluskan, penerima boleh terus menggunakan Bantuan BINGKAS seperti panduan yang telah dinyatakan seperti di bawah :

  1. Daftar akaun e-Wallet Selangkah dan tunggu Bantuan BINGKAS dikreditkan.
  2. Kunjungi kedai atau pasaraya yang berdaftar.
  3. Pilih barang keperluan asas yang ingin dibeli.
  4. Pergi ke kaunter bayaran dan nyatakan kepada juruwang untuk bayar guna e-Wallet.
  5. Juruwang akan imbas barang keperluan yang dipilih.
  6. Buka akaun e-Wallet Selangkah di bahagian Kod QR.
  7. Juruwang akan imbas Kod QR dalam aplikasi Selangkah.
  8. Resit bayaran akan diberikan.

SENARAI BARANG BOLEH BELI GUNA BINGKAS

Banyak barang keperluan yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan BINGKAS yang dikreditkan dalam akaun e-Wallet Selangkah. Antara barang yang boleh dibeli adalah termasuk :

  • Beras.
  • Mi dan Bihun.
  • Roti.
  • Biskut.
  • Telur.
  • Gula dan Garam.
  • Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya.
  • Tepung.
  • Minyak masak.
  • Sayuran dan buah-buahan.
  • Daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan.
  • Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
  • Ubat-ubatan
  • Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
  • Lampin pakai buang.
  • Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.
  • Perihal pendidikan – buku sekolah / akademik.

INFO LANJUT BINGKAS

Pihak kami hanya menyediakan sedikit info yang berkaitan ‘Permohonan BINGKAS’ untuk memudahkan carian dan kefahaman orang awam. Namun, untuk info yang lebih lanjut berkaitan Bantuan BINGKAS, boleh rujuk pihak yang berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment